::: WE UNITE FOR UM ::::

Friday, January 9, 2009



14 Januari 2009 adalah tarikh penamaan calon untuk proses pilihanraya kampus untuk Universiti Malaya. Manakala proses pembuangan undi telah pun di tetapkan pada 19 Januari 2009. Kehangatan PRK kali ni telah pun kian terasa. Walaupun ia terpaksa dilewatkan gara-gara pihak KPT yang inginkan ia berlaku di setiap universiti pada tarikh yang berbeza. Adapun PRK kali ini sangat lewat diadakan tetapi ia tidak akan melemahkan sayap pergerakan PRO-M. Malah ia dikira sebagai satu ujian yang perlu dihadapi dengan penuh perhatian dan waspada.

Mahasiswa adalah generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Maka kepimpinan di peringkat kampus inilah yang menjadi medan perjuangan dalam mempelajari serba sedikit tentang kepimpinan. Walaupun ia tidak seperti memimpin sebuah negara tetapi ia adalah satu penggerak ke arah menjana kepimpinan dalam diri mahasiswa untuk lebih berani dalam melahirkan idea serta perubahan untuk kepimpinan mahasiswa. Ini juga dapat melatih bagaimana mahasiswa untuk sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan walaupun ia tidak dipelajari di dalam bilik kuliah. Ini lah satu penjana yang sangat perlu bagi mencungkil bakat kepimpinan mahasiswa di peringkat kampus.

Dengan ini akan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus melangkah lebih jauh dalam memikirkan soal-soal kepentingan bersama pada masa akan datang..

Semoga pilihanraya kali ni akan berjalan dengan penuh adil dan saksama..
Demokrasi menjadi pilihan..
Agar medannya adil dan tidak berat sebelah..

WE LOVE UM...

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP