:: 3P : Program Pentauliahan Pensijilan Profesional ::

Tuesday, December 15, 2009



:: 23 nov - 10 disember 2009 ::

Alhamdulillah akhirnya pena berjaya menyempurnakan kursus 3P dalam pengkhususan Adobe Flash CS4 yang ditaja khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Prestariang Malaysia iaitu salah satu badan khas yang ditanggungjawabkan oleh KPT untuk melaksanakan kursus kemahiran kepada para mahasiswa serta kakitangan awam...

Kursus ini sebenarnya terbuka dan percuma tetapi peluang yang diberikan hanyalah sekali seumur hidup.. Ini lah objektif utama kursus ini dilaksanakan bagi memastikan setiap kakitangan awam dan mahasiswa dapat menambahkan kemahiran yang sangat berguna dalam bidang pekerjaan...



---------::--------::-------------------------------------------------::---------::::-----------:::

::: MM4 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya ::

Bagi peserta yang mengikuti kursus Adobe Flash CS4 ia ditempatkan di Makmal Komputer di Fak. Sains Komuter dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya. Kursus ini berjalan selama 15 hari bermula pada 23 november sehinggalah 10 disember diikuti pula kursus SOFTskill selama 2 hari 14-15 dis 2009.

Kursus ini juga menyediakan sijil yang mana sijil ini mempunyai nilaian yang cukup tinggi dan ia boleh dikatakan sebagai sijil tambahan yang membantu para mahasiswa serta membuka sedikit peluang yang istimewa apabila memiliki sijil ini ketika ingin mendapat peluang pekerjaan..

Bagi kakitangan kerajaan pula dia akan membantu dalam mempertingkatkan jawatan kerana sijil ini adalah sijil berbentuk kemahiran berguna dalam melaksanakan pekerjaan seharian...

Bagi pena ia amat penting kerana pena telah diwajibkan untuk menyempurnakan pengajian di mana subjek khas iaitu pembangunan sistem 2 berkaitan dengan pembangunan perisian belajar. Ini lah satu rintangan dan cabaran besar kerana dalam membina sebuah perisian ia memerlukan tempoh masa yang lama serta ia memerlukan perancangan serta penyusunan gerak kerja yang sistematik..

Semesta lepas pena telah mencadangkan satu perisian belajar iaitu doa-doa harian dan zikir harian. Kertas cadangan ini diterima dan pada semesta seterusnya dari segi pembangunan sistem haruslah digerakkan.. memang susah sebenarnya tetapi tak kan nak duduk fikir susah je...Yang penting sekarang ni kena rancang serta lakaran awal dah perlu difikirkan...

Buat teman-teman alhamdulillah akhirnya pena berjaya juga dalam mendapat sijil profesional Adobe Flash CS4.. Mujur lulus kalu tak rugi lah kan.. hehehe

kat kawan2 yang seangkatan pena ucapkan tahniah jugak kat demo semua...kerana kita semua sama2 berjaya dan lulus... hehe.. kat tenaga pengajar thanks all of things.. ilmu yang dicurahkan amat berguna buat kami semua...

Baca selengkapnya...

:: NurUL I'iN ::

Tuesday, December 1, 2009


Ratuku..

Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku..
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku ..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku ….
Bukanlah ku harap
Kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari
Antara safa dan marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu syurga


Ratuku …..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A’ishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci terpuji
Kerana, aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
Tak dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu

Ratuku....
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu
Jangan sampai
tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu..

sajak : Nukilan Khas Daripada Seorang Pencinta Wanita

Baca selengkapnya...

:: Kali ini cuti semester aku memang berbeza... ::

Friday, November 20, 2009

17 november 2009 adalah tanggal yang bermakna buat pena kerana pada hari tersebut berakhirnya peperiksaan buat diri pena.. selepas keluar je dari dewan peperiksaan jam 1 petang segala-galanya pun selesai.. walaupun begitu perjuangan menanti untuk semester hadapan yang bakal dihadapi selepas ini..

Perjuangan jika difikirkan tak kan berakhir.. selagi nyawa dikandung badan.. begitu lah tanggungjawab tetap akan ada.. boleh kata tiada pengakhiran buat diri manusia ni .. selagi bergelar hamba Allah selagi itu lah keta'klifan dalam diri nya tetap ada dan berterusan..

Selepas je peperiksaan tamat maka bermulalah cuti semester.. tapi bagi pena tahun ni sangat bermakna.. Yang paling bermakna kawan baik pena akan melangsungkan perkahwinannya pada 3 disember ni.. Fikir-fikir tak sabar jugak pena nak mendirikan rumah tangga ni .. tapi yer lah jangan fikir sekali soal ni.. kena fikir banyak2 kali..HEHE...

"nak sara anak dara orang tu.. umi bukan tak setuju.. duit pun mintak.. apatah lagi nanti bila dah kahwin... tak kan umi ngan ayah nak sara pulak... sabarlah.. habis belajar lah bila dah ada duit.. ada kerja .. senang skit tanggungjawab.."" rintih bonda tercinta..

Itulah teman-teman.. mesti teman-teman pun mempunyai keinginan sama mcam pena.. yer lah dunia hari ni kalau kerajaan ada keluarkan pakej untuk pelajar nak kahwin lepas tu sediakan bajet untuk pelajar yang nak kahwin kan senang.. hehe.. Tak kan orang number ONE Malaysia nak buat mcam tu ..

+++++ Cuti Semester +++
kali ni cuti pena tak mcam yang sebelum ni... kali ni cuti pena banyak dihabiskan di Universiti.. Pena mengambil kursus 3p... bila sebut 3P semua tanya.. apa tu kursus....Buat teman-teman.. nak tahu pasal kursus ni boleh rujuk lama web ni nanti.. http://3p.prestariang.com.my/

Kursus ni bermula pada 23 november lepas tu cuti untuk seketika pada 26-29 dan sambung balik sehingga 15 disember 2009.. lama jugak tu.. tapi tak pe lah.. sekurang-kurangnya ada jugak aktivit berfaedah..

Lagi satu jika balik kampung pun kali ni pena tak leh dah nak cuti macam tahun lepas dan semester lepas.. Kawan pena yang biasa lepak2 kalu ada waktu boring kini dah ada orang rumah....

Fuh???? nanti lepas kahwin nak ajak pi mana2 mesti susah dah.. lagipun pena pun tak de hak nak pertikai sebab bila dah kahwin maka tanggungjwab mereka ni dah bertambah.. SO jangan persoal ...kah2..kah2222

Buat kawan baik pena, MOHD HAFIZUDDIN dan pasangannya NUR ASIAH .. selamat pengantin baru.. pena dah minta orang kanan pena beli hadiah.. nanti sampai lah tu .. Lagi satu pena nak mohon seribu kemaafan dan segala-galanya lah sepanjang kita bersahabat sekiranya pena ada buat salah dan silap..mintak di maafkan.. Lagi satu pena rasa bersalah pulak sebab tak dapat nak hadir time majlis perkahwinan mereka.. Yerlah pena time tu tengah kursus.. memang tak dapat nak elak., tarikh yang dipilih bagi pena sesuai dah tetapi jadual training yang pena dapat untuk kursus ni bertindih... memang tak dapat nak elak.. InsyAllah.. jika pena berpeluang.. pena akan cuba untuk adjust balik mcam mana..

Pena doakan semoga persiapan berjalan lancar dan sentiasalah berdoa banyak-banyak.. moga Tuhan permudahkan setiap kerja yang baik ni.. YA ALLAH engkau berkatilah IKATAN YANG TERBINA INI.. ENGKAU BERILAH MEREKA INI KEKUATAN SERTA REDHAILAH PERJANJIAN SUCI YANG AKAN TERMETERAI NANTI..

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP