:::: Penamaan Calon :::

Saturday, January 17, 2009



14 Januari 2009, Rabu: Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur Sesi 2008/2009. Pro-M adalah antara perwakilan yang terus menghantar calon-calonnya bagi merebut kerusi peringkat fakulti serta jugak peringkat UMUM. Kali ini pilihanraya menampakkan tanda awal bahawa PRO-M mampu untuk memberi saingan sengit dalam memastikan kerusi-kerusi yang dipertandingkan akan terus dimenangi oleh PRO-M. Lawan kepada Aspirasi kini telah dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa. Ini adalah taktik aspirasi dalam meraih undi mahasiswa dengan menggunakan nama baru mereka serta ingin memancing undi-undi daripada mahasiswa tahun pertama.

Inilah dikatakan sebagai agenda semata-mata untuk memastikan mereka (ASPRASI) akan terus memenangi prk kali ini. Jika dilihat dari segi suasana dan isu-isu berkaitan dengan rasuah wang terhadap calon serta penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP sendiri memang memberi kesan terhadap proses pilihanraya kali ini.



Inilah hakikat sebenarnya.. HEP sanggup untuk mempergunakan sesetengah individu dan sanggup membeli mereka-mereka yang baginya mampu untuk dipergunakan demi kepentingannya. Tetapi ingat sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Usahlah bermain dengan api jikalau tidak mahu terbakar diri.. HEP perlu berani berdepan dalam mengulas isu ini. Pihak TNC haruslah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ini. Jika ini benar-benar berlaku ia akan menjatuhkan nama baik universiti sendiri. Padahal universiti ini adalah tempat-tempat yang kebanyakan terdiri daripada golongan yang kritis serta berilmu.. Tak kan TNC sendiri sanggup melabelkan dirinya sebagai seorang yanga tidak bermoral..

Boleh dikatakan tidak semua orang yang berilmu ini baik akhlaknya, indah moralnya.. Itulah dikatakan bahawa ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya. Boleh jadi ada golongan yang cuba mempergunakan satu golongan yang lain..

Entahlah..
Inilah namanya ragam dunia..
Permainan yang tiada pengakhiran..
Kepuasan yang dicari..
Tetapi akhirnya memakan diri sendiri...

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP