:: Kita Tiada Jodoh TemaNku :: Engkau LayaK untUknYa ::

Tuesday, April 14, 2009

:: SELAMAT PENGANTIN BARU ::

Kepada teman-teman yang bakal mengakhiri zaman bujangnya diucapkan semoga diberkati Allah. Apa yang telah dirancang semoga berjalan dengan sempurna. Setelah selesainya ijab dan kabul maka terbinalah satu bahtera mahligai syahdu..



Baca selengkapnya...

:: Di TinggaLKan Aku KEseORangaN ::


:: MUngkiN teman-teman pembaca berasa tertanya-tanya kenapa pena menamakan blognya ditinggalkan aku keseorangan. ::

Ini lah cerita tentang pena. Kisah kehidupan pena yang sedang dihadapinya. Bagaimana begitu besar ujian yang diterima. Pena begitu kecewa dengan teman-teman seperjuangan. Bahkan pena sangat terasa dengan pelakuan yang telah teman-teman laksanakan. Memang pena sendiri bukanlah seorang yang hebat. Bahkan pena sendiri memang akui kelemahan dalam memastikan semua orang.

Dari dahulu lagi pena sering dikurniakan teman yang suka mengambil kesempatan kepada diri pena. Pena tidak kisah akannya kerana biarlah teman pena senang bersama pena. Biarlah diri pena yang menanggung segala bebanan. Bagi pena itulah ujian yang sebenarnya hendak pena menilai kemampuan diri pena. Mungkin diri pena sendiri yang lemah dalam pergaulan. Tapi bagi pena hargai semua orang yang berada di sekeliling.

Jika para pembca hendak mengetahui tentang mengapa tiba-tiba pena sangat kecewa dengan teman-teman di luar sana. Marilah pena kongsikan bersama-sama pembaca. Pena merupakan ketua di dalam rumah sewa. Jika pembaca hendak mengetahui pena adalah student lagi. Sudah menjadi kebiasaan bahawa hendak juga merasai bagaimana hidup berdikari dengan memiliki rumah walaupun rumah sewa. Tapi pena tak lah tinggal seorang. Tapi pena berkongsi lah. Mula2 dahulu pena yang berkerja keras dalam mencari rumah sewa. Setelah pena dangan teman2 yang lain bersetuju. Maka pena lah yang menjadi ketua. Dan pena yang terpaksa berurusan dengan tuan rumah. Pena menerimanya. Kerana bagi pena biarlah kita yang susahkan diri. Orang senang oleh kita adalah satu kebaikan sebenarnya tuhan sahaja yang berhak menilainya.

Setelah beberapa lama lebih kurang hampir 2 tahun. Maka berlakulah pergolakan. Memang diakui masing2 mempunyai prinsip dan perjuangan masing-masing. Tapi banyak benda pena berlajar akan teman-teman pena. Betullah kata pujangga sebenarnya teman yang kita kenal dibilik kuliah mahupun di permainan belum tentu dia adalah teman sejati kita. Sanggup bersama-sama kita. Setelah pena tinggal bersama-sama teman2 pena seramai 7 orang. Banyak lah yang pena pelajari. Baru pena kenali sikap teman-teman yang lain . Baru pena tahu yang mana itu teman dan yang mana teman yang benar-benar teman.

Entahlah ada teman yang begitu pentingkan kedudukannya, ada teman yang tiada mahu mengerti soal apa itu kehidupan bersama dan ada juga teman yang pentingkan orang yang tidak patut diutamakan.

Cukuplah pena membicarakan tentang ini. Pena mungkin berasa sangat sedih.. Pena akan cuba menyambungnya setelah pena berasa sangat bersedia..

Baca selengkapnya...

Thursday, April 9, 2009

Baca selengkapnya...

::Saat-saat terakhir ::

Sunday, April 5, 2009


:: Setelah satu semesta untuk dihabiskan tempoh pembelajaran akhirnya telah pun sampai ke penghujungnya. Walaupun jika dihitungkan dari segi ilmu yang diperolehi dalam satu semesta ini belum mencukupi membuktikan bahwa aku benar-benar mampu menguasai sesuatu ilmu. Sekarang ni masih tinggal satu minggu. Sibuk bukan untuk mengulangkaji tapi sibuk untuk mempersiapkan kerja kursus yang bertimbun. Inilah kesilapan utama kerana tidak pandai dalam mengurus masa serta suka bertangguh.

:: Pengajaran ini aku perlu atasi untuk semesta hadapan. Supaya aku tidak lagi terkandas seperti kali ni. Inilah saat-saat terakhir yang sangat memenatkan.. Kesilapan ini perlu aku perbetulkan. Aku harus belajar dari kesilapan lampau. Agar aku ini tidak menjadi insan yang rugi.

PErubahan diri ini perlu bagi menentukan di mana penguasaan kita terhadap ilmu. Takkan sudah berasa cukup dengan ilmu yang diperolehi di bilik kuliah. Pensayarah sekadar memberi. Kita yang menerima ini perlulah memperincikan lagi apa yang dicurahkan ketika sesi pembelajaran..

JANJI::
Aku perlu janji pada diriku sendiri yang aku perlu berubah. Aku ingin menjulang kembali apa yang aku perolehi ketika aku di waktu sekolah menengah dulu. Aku dulu dikenali orang kepala studi. Sekarang ni aku dah jadi pemalas.

MENGAPE ek...?
Adakah aku yang membawa diriku sendiri ke lembah kepura-puraan. Padahal tiada siapa pun yang mempengaruhi aku..

PENYELESAIAN...

YA ALLAH engkau bantu lah HAMBAMU ini.. Aku pasrah dengan apa yang telah berlaku. Aku menyesal kerana aku sendiri yang tersilap dalam memilih cara terbaik. Engkau kuatkanlah semangat hambamu ini.

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP