:: Malam Pertama di Alam Kubur ::

Friday, January 30, 2009

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Namun demikian tak seorang pun tahu kapan hari hidupnya. Ia akan datang menyerngap dengan tiba-tiba. Ia sangat misteri.

Sebagai muslim 3 persoalan yang perlu kita ingati berkaitan dengan kematian iaitu :
BILA? DI MANA ? BAGAIMANA? Sebagai hamba, 2 persoalan tidak mampu untuk kita caturi kerana ia telah ditetapkan iaitu soal Bila kita akan mati? dan Di mana kita akan mati?. Persoalan ini kita tidak mampu untuk mengubahnya kerana ia sudah menjadi qada' dan qadar ilahi yang telah pun tertulis sejak kita lahir ke dunia ini lagi.

Persoalan yang ke-3 iaitu bagaimana kita akan mati ? itulah yang perlu kita caturi. Kerana kita yang menentukan diri kita bagaimana keadaan kita untuk menghadapi saat kematian. Adakah kita ingin mati dalam keadaan husnul khatimah ataupun SUul khatimah. Itu terserah kepada kita untuk memilihnya. Kerana hanya ada dua pilihan sahaja yang akan menanti untuk kesudahan hidup kita di bumi yang sementara ini sebelum kita melengkapkan kembara kita ke alam yang seterusnya.

Di sini penulis ingin berkongsi dengan para pembaca serta mengesyorkan kepada para pembaca untuk sama-sama menghayati penulisan yang diterbitkan oleh penulis buku terkenal La Tahzan, Jangan kamu bersedih. Buku ini adalah siri pembinaan hati.

Sila dapatkan di pasaran. Jangan lepaskan peluang kerana penulisan dan nukilan yang terdapat di dalamnya banyak mengisahkan tentang soal kematian. Ia mampu memberi kita peringatan serta menggamit hati untuk kita sama-sama hayati tentang kebenaran yang akan setiap manusia akan lalui nya.

Di sini dinukilkan sedikit hasil isi kandungan penulis buku ini yang benar-benar menyedarkan kita:

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah;
Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya,
Atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

oleh : Dr. A'idh Al-Qarni, M.A.

Baca selengkapnya...

:::::: Ku Merintih Ku Menangis Ke Mengharap ::::::






"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing, sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan.



Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran skit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dengan dengan Allah."

Jangan seksa jiwa dan hatimu, DIA merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. 'Asalnya' yang sentiasa 'dekat' dengan Allah.
Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih SAYANGNYA...

"Sesungguhnya para-para nabi yang juga kekasihNYA.... semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat apatah lagi kita ini manusia biasa"



Apabila Allah cepat memakbulkan DOAMU, maka Allah menyayangimu, Apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Apabila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik unTukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan pun ........
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA. Oleh itu sayangilah kepada Allah kerana kemurahanNYA dan takutlah kepada Allah kerana seksaanNYA.

" GOD, he always listen to you, he always see you, he always know you, Always guarding and protecting you, Always managing and giving "nikmat" to you. Why are YOU not to love him? Why are you not afraid of the GOD who decides your fate and destiny?".

Nabi bersabda : " Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik Raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda. Pada waktu itu, doa orang Alim pun tidak akan diterima Allah. Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!!!.

( Persolannya : Siapakah Raja yang amat zalim itu sekarang ini ? Berfikirlah Wahai Manusia.. berdakwahlah dan tinggalkan maksiat, mengumpat, muzik yang leka dan tutuplah auratmu, ikutilah ajaran ISLAM yang sebenar. )

Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah di layan. Biar kita yang merasanya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Dan semua itu jika kita hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kira kerana keikhlasan kita padanya....dan apabila terkena sesuatu musibah katakanlah "aku amat bersyukur sekali padamu Ya Allah atas musibah ini, jika inilah cara MU ingin mengampunkan dosaku, alangkah indahnya penderitaan ini".

Apa erti ikhlas untuk manusia ? Manusia sangat meme rlukan hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, manusia akan selamat di mana sahaja. Mereka akan mendapat kesenangan apabila manusia itu bersifat ikhlas. Ketahuilah bahawa hati manusia yang ikhlas, para syaitan laknatullah tidak mampu untuk bersarang untuk menggoda. Cukup mudah formula untuk menewaskan SYAITAN. Namun apakah ukuran ikhlas di hati manusia. Adakah dengan berkata "aku ikhlas....." maka manusia itu sudah ikhlas. Kadang-kadang kata-kata manusia ini boleh menyelewengkan niat ikhlas manusia. Setakat ini ukuran ikhlas hanya boleh diukur oleh Allah. Hanya Allah yang boleh menilai kadar keikhlasan hati manusia.



"Ya Allah perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikanlah kematian itu sebagai (tempat) istirehat untukku dari setiap kejelekan dan murkaMU ( Amin ya Allah ya Rabbal alamin).....".

Baca selengkapnya...

::: Pesan Ibu Untuk Ku :::

Monday, January 26, 2009



Baca selengkapnya...

::: Perubahan Di Universiti Malaya ::::

Tuesday, January 20, 2009

Alhamdullillah. Jam 4.00 am akhirnya pihak HEP Universiti Malaya mengisytiharkan bahawa PRO-Mahasiswa menang 19 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan iaitu kerusi UMUM calon PRO-M, memenangi 8 kerusi teratas daripada 9 kerusi yang dipertandingkan dan 10 kerusi fakulti. 2 Calon Bebas yang bertanding di fakulti kejuruteraan memenangi 2 kerusi. Manakala Penggerak Mahasiswa pula memenangi 1 kerusi di peringkat Umum dan 19 kerusi di peringkat fakulti.

Dari segi membentuk kabinet MPMUM sesi 2008/2009 masih terdapat kegoyahan. Walaupun penentuan majlis tertinggi MPMUM berdasarkan pemilihan calon peringkat umum. Kita nantikan bagaimana kabinet campuran yang akan dilaksanakan nanti. Kita berharap calon daripada PRO-M akan mengetuai MPMUM. Insya'Allah...


Pilihanraya kali ini benar-benar membawa seribu rahmat dan sinar perubahan di dalam Universiti Malaya. Kepada calon-calon yang telah berjaya dipilih menjadi perwakilan maka tugas mereka sekarang menanti dan pastikan gerak kerja yang telah dirancangkan itu terlaksana. Buktikan bahawa kita ini benar-benar ingin dan membawa perubahan demi kepentingan mahasiswa di Universti Malaya.

Tahniah Calon Pro-M. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Selama 5 tahun kita terpaksa menunggu menantikan saat begini hadir. Beginilah perjuangan. Kepayahan dalam menghadapi liku-liku perjuangan itulah yang akan memberi satu harapan baru bahawa kita tidak harus cepat untuk mengalah. Bahkan kita perlu sentiasa berusaha dan usaha ke arah memartabatkan intelektual mahasiswa.

Baca selengkapnya...

:: Undi Anda Adalah Rahsia ::

Monday, January 19, 2009



19 Januari adalah tarikh keramat. Sebagai mahasiswa tunaikan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa yang sentiasa prihatin akan kebajikan serta kepimpinan yang menjadi teras ketelusan dalam mewakili mahasiswa.

Ingat.
Undi itu yang menentukan segala-galanya. Berkempen sudah. Berpidato sudah.. Calon sudah pun tunaikan tanggungjawabnya dalam berkempen. Semuanya terserah kepada kita, mahasiswa untuk mengundi. Siapa yang kita berasa layak. Itulah yang sepatutnya kita undi.

Semuanya terserah di tangan kita. Jangan biarkan tangan kita ini silap dalam membuat keputusan. Tangan ini lah yang menjadi bukti akan kesilapan kita jika kita tidak membuat pertimbangan yang betul..

Usah biarkan satu undi itu disia-siakan. Satu undi anda membantu. Dengan satu undi itulah yang mampun mengubah segala-segalanya.

Baca selengkapnya...

:::: RiNtiHaN HaMbA ::::


Ya Allah saat ini aku diuji olehmu. Bagaimana untuk kudambakan kepadaMU.. Di saat ini aku amat-amat memerlukanMU untuk engkau dengari rintihan hatiku ini. Aku bersyukur engkau mengujiku.. Aku berharap agar ujian ini akan mendekatkan lagi aku dengan MU.. Dengan itu mampu untuk ku lebih mencintaimu..

Ya Allah kenapakah setiap orang di sekelilingi ku ini tidak bisa menerima ku sebagai temannya. Mereka semua pergi meninggalkan ku di kala ku buntu dalam membuat keputusan. Ku sedari bahawa ku tidak mampu memberi yang terbaik untuk mereka. Tetapi ku telah cuba sedaya upaya agar mereka sentiasa menyenangi setiap tindakan ku ini. Walaupun aku sanggup mengorbankan kepentingan diri ku ini. Aku bukannya manusia yang serba lengkap. Aku juga insan biasa. Mengapa aku diuji sebegini rupa.

Adakah ku sendiri yang menyebabkan ini berlaku. Ya Allah andai kata diriku ini hanyut dan hampir lemas Engkau lemparkanlah pelampung untukku berpaut. Supaya aku mampu menyelamatkan diriku ini.

Andaikata aku lena dalam tidurku engkau kejutkanlah ku dengan sahutan yang mampu membangunkan ku untuk kembali kepadaMU..

Ya Allah Hanya Engkau aku berserah dan hanya Engkau aku meminta..

Baca selengkapnya...

:::: Penamaan Calon :::

Saturday, January 17, 2009



14 Januari 2009, Rabu: Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur Sesi 2008/2009. Pro-M adalah antara perwakilan yang terus menghantar calon-calonnya bagi merebut kerusi peringkat fakulti serta jugak peringkat UMUM. Kali ini pilihanraya menampakkan tanda awal bahawa PRO-M mampu untuk memberi saingan sengit dalam memastikan kerusi-kerusi yang dipertandingkan akan terus dimenangi oleh PRO-M. Lawan kepada Aspirasi kini telah dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa. Ini adalah taktik aspirasi dalam meraih undi mahasiswa dengan menggunakan nama baru mereka serta ingin memancing undi-undi daripada mahasiswa tahun pertama.

Inilah dikatakan sebagai agenda semata-mata untuk memastikan mereka (ASPRASI) akan terus memenangi prk kali ini. Jika dilihat dari segi suasana dan isu-isu berkaitan dengan rasuah wang terhadap calon serta penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP sendiri memang memberi kesan terhadap proses pilihanraya kali ini.



Inilah hakikat sebenarnya.. HEP sanggup untuk mempergunakan sesetengah individu dan sanggup membeli mereka-mereka yang baginya mampu untuk dipergunakan demi kepentingannya. Tetapi ingat sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Usahlah bermain dengan api jikalau tidak mahu terbakar diri.. HEP perlu berani berdepan dalam mengulas isu ini. Pihak TNC haruslah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ini. Jika ini benar-benar berlaku ia akan menjatuhkan nama baik universiti sendiri. Padahal universiti ini adalah tempat-tempat yang kebanyakan terdiri daripada golongan yang kritis serta berilmu.. Tak kan TNC sendiri sanggup melabelkan dirinya sebagai seorang yanga tidak bermoral..

Boleh dikatakan tidak semua orang yang berilmu ini baik akhlaknya, indah moralnya.. Itulah dikatakan bahawa ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya. Boleh jadi ada golongan yang cuba mempergunakan satu golongan yang lain..

Entahlah..
Inilah namanya ragam dunia..
Permainan yang tiada pengakhiran..
Kepuasan yang dicari..
Tetapi akhirnya memakan diri sendiri...

Baca selengkapnya...

:::: Angkara Siapa? :::

Friday, January 16, 2009



Ini bukan gambar dibuat-buat tetapi ini adalah realiti yang berlaku.

16 Januari 2009, Jumaat- Satu kejadian benar-benar mengejutkan warga kampus terutamanya mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur di mana kepala seokor khinzir telah diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam UM. Masjid itu memang kebiasaan di buat tempat untuk menunaikan solat jumaat pada hari jumaat gempar setelah salah seorang pelajar yang datang untuk menunaikan solat subuh di sana terkejut setelah mendapati bahawa kepala seekor babi ditinggalkan dan dibiarkan di dalam masjid tersebut.

Kejadian ini memang tidak disedari walaupun terdapat beberapa orang yang tidur di dalamnya. Siapakah dalang atas kejadian ini? Walaupun ini berlaku di dalam kampus tetapi ini melibatkan kesucian agama Islam. Ini telah mencemarkan RUMAH IBADAH.

Ini adalah satu bentuk penghinaan dan balas dendam oleh golongan tertentu terhadap sesuatu pihak. Khinzir itu diletakkan dan dibiarkan di atas sehelai bendera PAS. Di atas bendera tersebut terdapat tulisan PMI, PRO-M dan Pas. Ini memang satu tindakan jahat dan kurang orang ajar oleh golongan yang tidak bermoral. Yang peliknya ia berlaku dalam tempoh UM akan menghadapi pilihanraya kampus. Seolah-olah ada golongan cuba untuk menakut-nakutkan mahasiswa yang aktif terutamanya kepada calon-calon bertanding daripada PRO-M.

Sebagai umat Islam hendaklah kita berdoa agar mereka yang melakukan kerja-kerja ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya..

Allah U Akbar!

Baca selengkapnya...

:::: Apa Khabar Adikku ?::::

Sunday, January 11, 2009


.........Berlalunya MESSAGE 08.................

Program Menjana Sahsiah dan Akademik Gemilang 2008...
:::::Rentetan daripada MESSAGE 08::::

Setelah hampir setengah tahun setelah program untuk adik-adikku yang tercinta di Sek. Men. Agama Al-Falah Kemaman, kini bagaimana keadaan mereka semua. Tahun ini mereka semua akan menggalas misi yang begitu berat. Mereka ini akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah-PMR. Entah lah bagaimana mereka. Walaupun hati ini sering mengharap agar adik-adik di sana berubah dan akan terus berjuang. Walaupun perkenalan dalam kem tersebut selama 3 hari 2 malam agar ia mampu memberi sedikit memori akan bahwa abang dan kakakmu ini mahukan kamu semua menjadi insan yang berguna.

Keadaan dan suasana yang berbeza hari ini berbanding pada zaman sebelumnya memberi sedikit sebanyak kepada abang-abang dan akak-akak untuk memastikan adik-adik tidak terus hanyut dalam arus perkembangan zaman. Adik-adik perlukan pendedahan agar mereka ini terus utuh dalam membina personaliti walaupun usia sebelum program baru dikatakan masih keanak-anakan tapi usia umur 14 tahun itu sebenarnya dah masuk ke usia matang. Sekarang adik-adik ini semua dah menjadi REMAJA. Inilah saat adik-adik akan kenal apa itu dunia sebenarnya..


Adik-adik kini di peringkat usia untuk mencari-cari dan mencuba-cuba. Perubahan ini lah yang perlu dikawal agar tidak tersalah dalam memilih dan mencuba. Adakalanya mencuba itu perlu tapi perlukan kepada saranan dan pesanan serta tunjuk ajar daripada orang yang benar-benar bijak dan mengetahui selok-beloknya.

Jika terlajak.. Maka akan ada juga padahnya.. Tapi hendaklah sentiasa berwaspada.. Bertanyalah untuk mengelak diri-diri adik dari tersesat.. Usah segan dalam soal-soal agama. Kerana itulah ilmu yang akan menyuluh adik tatkala adik-adik dalam kegelapan. Itu juga petunjuk atau peta untuk memastikan adik bijak dalam memilih jalan tatkala berada di persimpangan. Agar pilihan adik tepat supaya penghujungnya akan membawa kepada hasil yang megembirakan.

Adik-adikku...
Teringatkah lagi kamu semua akan program MESSAGE '08. Ini adalah kejayaan semua. Termasuk jugak kepada abang-abangmu serta akak-akak mu.. Kami semua ini hanyalah Abang-abang dan kakak-kakak FASILITATOR.
Kami semua mahu adik-adiklah yang akan menggalas MISI seterusnya tatkala kami (abang dan kakak) sudah pun tak terdaya untuk menggalasnya disebabkan usia itu yang akan memaksa bahawa PENGGALAS MISI hendaklah sentiasa terdiri daripada mereka yang muda. MEreka yang kental..

Bersedialah adik-adikku..
Kerana misi yang akan diberikan kepadaMU sama sahaja tetapi corak itu yang perlu untuk adik-adik sekalian nukilkan serta aturan yang terperinci.....

Baca selengkapnya...

::: Bedah Novel :::

Saturday, January 10, 2009

Bedah Novel bersama Habiburrahman El-Shirazy
Tempat : Universiti Malaya Kuala Lumpur
Tarikh : 16 November 2008

Baca selengkapnya...

::: WE UNITE FOR UM ::::

Friday, January 9, 2009



14 Januari 2009 adalah tarikh penamaan calon untuk proses pilihanraya kampus untuk Universiti Malaya. Manakala proses pembuangan undi telah pun di tetapkan pada 19 Januari 2009. Kehangatan PRK kali ni telah pun kian terasa. Walaupun ia terpaksa dilewatkan gara-gara pihak KPT yang inginkan ia berlaku di setiap universiti pada tarikh yang berbeza. Adapun PRK kali ini sangat lewat diadakan tetapi ia tidak akan melemahkan sayap pergerakan PRO-M. Malah ia dikira sebagai satu ujian yang perlu dihadapi dengan penuh perhatian dan waspada.

Mahasiswa adalah generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Maka kepimpinan di peringkat kampus inilah yang menjadi medan perjuangan dalam mempelajari serba sedikit tentang kepimpinan. Walaupun ia tidak seperti memimpin sebuah negara tetapi ia adalah satu penggerak ke arah menjana kepimpinan dalam diri mahasiswa untuk lebih berani dalam melahirkan idea serta perubahan untuk kepimpinan mahasiswa. Ini juga dapat melatih bagaimana mahasiswa untuk sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu kepimpinan walaupun ia tidak dipelajari di dalam bilik kuliah. Ini lah satu penjana yang sangat perlu bagi mencungkil bakat kepimpinan mahasiswa di peringkat kampus.

Dengan ini akan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus melangkah lebih jauh dalam memikirkan soal-soal kepentingan bersama pada masa akan datang..

Semoga pilihanraya kali ni akan berjalan dengan penuh adil dan saksama..
Demokrasi menjadi pilihan..
Agar medannya adil dan tidak berat sebelah..

WE LOVE UM...

Baca selengkapnya...

Suara Dari Kampus UKM

Thursday, January 8, 2009


8 Januari 2009 adalah hari bersejarah bagi UKM dalam memastikan perubahan gelombang politik kampus di mana hari penamaan calon bagi menentukan pemilihan pucuk pimpinan baru untuk kepimpinan peringkat mahasiswa untuk mengetuai kepimpinan mahasiswa di dalam universiti. Hari penamaan ini sebenarnya berlaku berbeza untuk setiap universiti di Malaysia. UKM salah sebuah universiti yang mengadakan proses pilihanraya yang begitu lewat. Ada juga universiti lain yang turut merima nasib yang sama sepeti UIA dan UM. Ada universiti yang sekarang ini dalam dilema di mana pihak universiti belum memutuskan bilakah tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi. Ini termasuk UM dan UITM.


Adakah ini menunjukkan begitu lemah sekali pentadbiran Universiti Tempatan dalam menentukan tarikh PRK. Seolah-olah mereka cuba ingin menyembunyikan sesuatu yang secara zahirnya mereka ketahui ada sesuatu pihak akan tergugat dan untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak. Inilah sebenarnya persoalan utama yang bakal mereka berdepan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi sendiri seolah-olah cuba untuk merancang strategi untuk memastikan kepentingannya akan terus terpelihara dan mereka seolah-olah mahu kepimpinan mahasiswa itu daripada citarasa mereka. Bukan untuk kepentingan mahasiswa tapi mereka seolah-olah mahu mencaturi setiap pergerakan politik kampus itu di bawah selera mereka.

Ini lah sebenarnya racun yang telah lama disimpan dan kini racun tersebut telah pun berjaya dikesan oleh segelintir pucuk kepimpinan mahasiswa di dalam sesuatu universiti. Racun inilah yang mereka cuba untuk buangkan daripada kampus masing-masing agar ia tidak akan membawa kepada penyakit yang lebih serius yang akan merosakkan mahasiswa..

Tahniah diucapkan kepada UKM..
Semoaga perjalanan PRK di UKM akan berjalan lancar sehingga hari pembuangan UNDI nanti..
STUDENT POWER....

STUDENT POWER...

Baca selengkapnya...

::"" Wahai Kaum Muslimin... Marilah Bersatu Hati Kita Berdoa""::

Tuesday, January 6, 2009


Semenanjung Gaza kini dihujani dengan peluru dan bom yang setiap saat mampu meragut nyawa yang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak kecil, orang tua dan wanita-wanita. Ini berlaku kerana sikap angkuh Israel dan sifatnya yang sentiasa tidak akan berpuas hati terhadap nasib umat Islam di Palestin. Pihak Israel ini seolah-olah sudah tidak mempunyai peri kemanusian. Bertindak hanyalah untuk kepentingan sendiri. Malah mereka ini tidak akan senang akan terhadap umat Islam. Mereka lebih suka umat Islam diperlakukan seperti binatang dan mereka mahu dunia tunduk akannya. Pihak Israel ingin menunjukkan mereka ini adalah kuasa besar dunia dan tiada kuasa lain yang mampu menandinginya. Mereka menggunakan pengaruh dunia Barat supaya negara-negara dunia akan tunduk serta bergerak di bawah telunjuknya.


Umat Islam seluruh dunia wajib bersatu hati dalam mempertahankan nyawa Umat Islam yang sekarang ini diancam begitu hebat oleh Isarel LaknatuLLah. Kemana hilangnya kuasa OIC sebagai sebuah pertubuhan Negara-Negara Islam. Saban tahun hanya sering mengadakan persidangan tetapi gerak kerja tidak pernah nampak malah jika dilihat tidak membantu pun akan apa yang menimpa Umat Islam terutamanya di Palestin.

IRAN..
Apa tunggu lagi..
Berilah bantuan Anda kepada Tentera Mujahidin Islam di Palestin.
Bantulah HAMAS dalam misi mempertahankan kesucian negara Umat Islam.

Ya Allah ..
Begitu hebat sekali engkau menguji kekuatan kami..
Engkau menguji sejauh mana kekuatan hubungan sesama muslim..
Ya Allah kami berharap engkau berilah pertolongan kepada Tentera Islam
Engkau lumpuhkan lah segala perancangan Yahudi dan engkau lemahkanlah gerak kerja mereka.. Agar mereka ini hancur dengan kebiadapan mereka sendiri..

Ya Allah engkau satu kan lah Hati Umat Islam.. Agar Kesatuan ini akan membuktikan kepada engkau bahawa Kami Umat yang satu dan CINTAKAN KEAMANAN..
KAMI CINTAKAN KASIH SAYANG
KAMI CINTAKAN PERDAMAIAN

Baca selengkapnya...

Tahun Baru Pembaharuan Kini Terselah

Thursday, January 1, 2009


Salam perjuangan ..
Kepada sahabat sekalian. Blog ini dalam proses update. Kini saya ada memilik 2 blog. Blog satu lagi adalah thesoldierofallah.blogspot.com. Ini adalah blog yang pertama. Dan blog ini adalah susulan. Kedua2 nya dalam proses pembaik pulihan..
Harap Maklum..

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP