:: Kerakusan KErajaan ::

Sunday, February 15, 2009

Sekarang ini semakin terpampar sifat kerakusan kerajaan BN. Akhirnya mereka ini telah menzahirkan hakikat sebenar sifat pemimpin mereka. Awas PEMIMPIN Barisan Nasional.. Jangan ingat dunia ini milikmu.. Walaupun sebelum ini perancanganmu sentiasa berjalan lancar.. Tapi ingatlah.. Kebatilan itu tidak akan kekal lama.. Walaupun kamu tidak pernah gagal dalam melaksanakan niat dan kerja jahatmu.. Itu hanyalah sementara.. Sedarlah.. Orang beriman itu jika dia dizalimi pertolongan ilahi pasti akan datang.. Walaupun ia tidak datang dengan segera tetapi ia akan datang pada tiba masanya..

" Kamu merancang dan Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemilik kepada segala perancangan"..

Najib.. Bakal PERDANA MENTERI kita. Tapi tak naik takhta dah nak tunjuk lagak. Baguslah. Sebab dia ni dah tunjuk diri sebenarnya.. Walaupun dia tak jadi PERDANA MENTERI lagi.

Sebagai penulis mahupun RAKYAT MAlaysia yang cintakan KEADILAN.. saya mengutuk tindakan Najib yang seolah-olah dia yang berhak menentukan kuasa dan suara rakyat. INgatlah saat kejatuhanmu akan tiba.. Usah angkuh dengan kuasa.. Kerana kuasa itu hanyalah sesuatu yang kecil sebenarnya di sisi Allah. Manusia ini mudah megah apabila berkuasa..

Inilah kehidupan manusia yang menjadikan kuasa sebagai matlamat, harta dan kekayaan sebagai kelansungan dalam merencanakan agenda buruk..

Wahai UMAT ISLAM.. Bersatu hatilah dalam memerangi kezaliman.. Usah kita getir kerana bagi pencinta dan pejuang kebenaran, KEADILAN lah yang mampu mengadili serta menghukum mereka yang bersalah...

Ini hanyalah permulaan.. Kerana orang yang beriman itu dia tidak sesekali akan menyerah kalah selagi dasar perjuangan itu berasaskan kepada keadilan dan kebenaran..

Baca selengkapnya...

Mudah-mudahan kamu berfikir.....

Thursday, February 12, 2009

Ahad, Isnin, Selasa , Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad.... Begitulah seterusnya..

Tak terfikirkah kita.. Tiba-tiba kita tidak bertemu dengan hari-hari itu.. Tiba-tiba kita diberiken undangan jemputan yang kebiasaannya jarang terdetik di fikiran kita untuk memikirkannya.. Bahkan tak disangka sebenarnya jemputan tersebut tidak pun dilampirkan hari serta masanya.. Bahkan undangan jemputan itu sama sekali wajib kita penuhi..

Mengapa?

Kerana jemputan itu adalah jemputan malaikat izrail.. Entahlah.. Hari bertukar dari sehari ke sehari.. Ya Allah begitu ku kejar dunia begitu jauh sekali ku dengan tuntutan-MU.. Bagaimana ku mudah terleka... Padahal ku fikir ku telah pun menunaikan segala perintahmu..

Ku masih ingat lagi satu firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkannya" :Yassin-ayat 62.

Ya Allah, begitu mudah sekali aku melupakanmu.. Rupanya aku telah menjadikan syaitan itu sebagai temanku tanpa ku sedari.. Memang hina sekali diriku ini...

Benarlah apa yang dirakamkan Allah dalam Kalam sucinya itu.. Manusia ini mudah lupa padahal dia telah tahu yang sebenarnya syaitan itu adalah musuhnya..

Aku sekadar berkongsi dengan teman-teman sekalian.. Apa yang dirasa sama-sama kita fikirkan.. Biarlah terdetik di hati kita akan amal yang ada pada diri kita.. Usah kita fikir apa kebaikan yang telah kita tunaikan.. Tapi kita fikirkan adakah kebaikan yang kita buat itu benar-benar diterima oleh Rabb..

Baca selengkapnya...

:: EKSPEDISI TEROKA RIMBA ::

Monday, February 9, 2009




Baca selengkapnya...

:: Aktiviti Tahunan PERMATA Universiti Malaya ::

Saturday, February 7, 2009






X-TRIM '09 adalah satu program berbentuk aktiviti lasak yang akan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Kem ini akan dijalankan selama 3 Hari 2 Malam. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancangkan. Semoga X-Trimt kali ini akan memberi satu misi yang penting kepada peserta-peserta yang akan mengikutinya. Penyertaan sebanyak 100 orang peserta dibuka dan keutamaan akan diberikan kepada Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Berikut adalah keterangan terperinci program tersebut.

Nama Program : X-TRIM '09 : Ekspedisi Teroka Rimba Ilmu Mahasiswa Terengganu 2009
Tarikh : 27, 28 FEB & 1 MAC 2009
Tempat : Kem Motivasi Raudhah, Gombak
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan : RM 15.00 untuk seorang ( 6 Kali makan dalam sehari) **
Aktiviti : Ice Breaking, Team Building, Night Walking, Jungle Tracking, Flying Fox, Repelling, Rempuh Laluan Berhalangan, Ikhtiar Hidup,
Penyertaan : Terbuka seramai 100 orang peserta ( Keutamaan akan diberikan kepada Mahasiswa Terengganu.
Hubungi (Untuk Penyertaan ) :
:::Saniy - 0132115490

:::: Syukor - 0132508456
:::::: Syawal - 0139259790
:::::::: Zainab - 0132321416

:::: Jangan lepaskan peluang, peluang sudah di depan anda.. Bila lagi untuk kita isikan dada kita dengan ilmu yang jarang-jarang kita perolehi. Kemahiran ini menguji ketahanan fizikal dan mental kita. Kemahiran ini tidak akan kita perolehi di dewan bilik kuliah.. Apa tunggu lagi.. Penganjuran kali ini memang berbeza.. Walaupun anda seorang perempuan anda pasti mampu untuk mengikuti nya.. Jurulatih yang mengendalikan aktiviti lasak adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman..

Baca selengkapnya...

::: 7 hari dalam Seminggu :::

Thursday, February 5, 2009


Sejak kebelakangan ini hati kecilku ini bertambah risau.. Entahlah.. Asyik je rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang benar-benar sayang.. Akhirnya tak jumpa juga apa punca sebenarnya. Walaupun dikenalpasti apa yang bermain di fikiran.. Mungkin ini hanyalah satu mainan perasaan je..

Alhamdullillah waktu cuti seminggu ku banyak ku habiskan di umah sewa.. Orang lain ada yang balik kampung tapi aku tidak. Pada awalnya memang aku merancang untuk pulang ke kampung dan mengahabiskan cuti yang dah ditetapkan oleh universiti. Tapi tuhan itu maha mengetahui.. Kita berfikir kita mampu. Tuhan juga mampu untuk membolak balikkan hati kita.. Tapi ada baiknya jugak tak balik. Habiskan masa di umah sewa ni. Boleh lah jugak rancangkan aktiviti untuk jangka masa panjang yang akan datang..

Jika fikir kembali seminggu tu sekejap je.. Bukannya lama.. Alhamdullillah.. ada jugalah aktiviti berfaedah yang dibuat.. Mujur jiran aku tak balik.. Jika mereka ni balik tak mampu lah aku nak online internet.. Sebab yang control power mereka ni.. Mujur ada jiran yang baik hati.. Tak balik kampung time cuti. Dulu setahu aku mereka ni sering je balik.. Tapi sekarang ni dah lain jadinya..

Seminggu?

Macam2 boleh buat tau. Dalam masa seminggu aku diibaratkan seperti suri umah sepenuh masa. Sebelum ni jika hari kuliah boleh jadi aku jadi suri umah separuh masa je... Macam2 lah aku buat. Mengemas umah.. Memasak.. Cuba masakan baru.. kah2.. Nak ketawa jugak. Ha lah cuba masakan baru ni.. Adakalany tak jadi.. Tapi makan jugak lah ..

Dalam masa seminggu ni sempat jugak aku habiskan satu buku.. Padahal sebelum ni nak habiskan satu buku pun payah.. Dulu jika ada novel, masa hari kuliah pun aku sanggup habiskan.. Jika habis membaca aku cuba update BLOG.. Nak jadi penulis katakan.. Tapi best jugak. Belajar jadi penulis ni.. Boleh bagi pandangan.. boleh kongsi apa yang kita rasakan..sambil kita dakwah.. Hehe.. Apa2 pun ada lah jugak aktiviti yang aku buat..

Fatin Nabila.. mcam mana lah yer.. mesti dah besar skit ni.. Ummi bagitau tak leh tengok orang makan.. Mesti nak je.. Auni Humairah? yang ni heroin ni.. Badan mesti lagi sihat dan lagi tembam.. Anak saudara ku dua orang ni, CIK MAD rindu bangat sama kamu... Sekarng ni anak aku pun dah bertambah ramai. Kira punya kira 9 orang semuanya.. Hero 2 orang je.. Heroin 7 orang.. Aduhai.. Nampaknya lagi kecoh lah sebab pempuan ni perangai lagi pelik.. Hehe.. Abang ipar aku pulak ..katanya nak pi USA bulan 4 ni.. Moga2 segala perancangan tu berjalan lancar...

Sekarang ni duk runsing pikir.. Assignment dah bertimbung.. Itulah duk bertangguh lagi.. Ni lah padah bagi aku.. Tak patuhi masa dan jadual harian pulak selalu je bertukar2..
... Harap kali ni kerja akan beres k...

Baca selengkapnya...

:: Seruan Sebelum Datangnya Ajal ::

Monday, February 2, 2009



Wahai orang yang diseru untuk mendapatkan keselamatan namun tidak menjawab. Wahai orang yang telah redha untuk rugi dan sengsara, sesungguhnya urusanmu membahayakan, dan keadaan menakjubkan. Ingatlah pada saat kau beristirehat-walau seketika.

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (Malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

Celakalah kau! Al-Haq pasti akan datang. Seluruh amalanmu akan diperhitungkan, baik yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Saat itu dirimu tak mempunyai daya sedikit pun. Semuanya menjadi nyata, tak ada keraguan sama sekali. Fikirkanlah tentang hari perpisahan yang pasti akan terjadi.

Apakah kita akan selalu berada dalam kelalaian, padahal orang-orang di sekitar kita telah pergi. Wahai pedagang yang seluruh dagangannya tercela, ingatlah datangnya suatu hari yang penuh kegoncangan dan ancaman.

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru ( Malaikat ) menyeru dari tempat yang dekat.

Kita akan dipaksa untuk berpisah dengan kehidupan, meninggalkan tempat yang menyenangkan. Bagaimana kau hendak memastikan, tempat tinggalmu berikutnya akan lebih menyenangkan? Celakalah kamu! Hidupkanlah hatimu dengan mendengar nasihat.

Dan dengarkanlah ( seruan ) pada hari penyeru ( Malaikat ) menyeru dari tempat yang dekat.

Renungilah akan orang-orang yang telah meninggal, bagaimana mereka mengahadapi hari yang mengerikan itu. Sedarlah dengan penuh kesedaran. Berhati-hatilah dengan malaikat yang selalu mengawasi dan menemanimu. Suatu saat akan datang kepadamu, kematian yang akan memisahkanmu dari semuanya. Sebuah peristiwa yang akan menggetarkan hatimu.

Pasti kamu akan keluar dari lembah (dunia) yang selama ini menyenangkanmu. Saat itu, tak akan ada lagi gunanya tangisan dan penyesalan. Kamu pasti akan menjumpai hari-hari yang membuat semua orang bingung, tak peduli tua atau muda. Anak-anak kecil tak akan lagi mempedulikan orang tuanya. Wahai orang yang seluruh amal perbuatannya tercela, celakalah, kerana usiamu semakin menua.

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (Malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapi peristiwa yang penuh duka. Saat itu engkau datang dangan membawa dosa sebanyak gunung pasir. Datang menghadap Dzat yang Maha Agung dan Maha Menghisab. Hari itu engkau dijauhkan dari keluarga dan kerabatmu. Sehingga saat itu engkau memang pantas meratap dan menangis, wahai orang yang menyia-nyiakan masa mudanya.

Apakah engkau merasa menjadi orang beriman atau yang mendustakan? Apakah engkau merasa dirimu akan tahan menghadapi seksaan ? Seolah-oalh darah dan air matamu telah kering. Terimalah nasihat dan ikutilah pengarahan ini.

Dan dengarkanlah ( seruan ) pada hari penyeru ( malaikat ) menyeru dari tempat yang dekat.

Wahai orang yang diperintah untuk beramal, dan akan diminta dipertanggungjawabkan. Wahai orang yang seluruh ucapannya dicatat. Wahai orang yang telah mengukir keadaan dengan amalnya, alangkah menakjubkan kalau engkau bisa melupakan hal ini. Apakah dirimu yakin akan tetap hidup dalam keadaan bebas dan selamat? Padahal tidak ada tempat untuk lari daripada kematian, ketika anak panahnya telah meluncur ke arahmu.

Dan dengarkanlah (seruan ) pada hari penyeru (Malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

Kalau engkau benar-benar selamat, bererti engkau bernasib baik. Kalau engkau percaya dengan kejadian ini, engkau akan berhias dan memperbaiki amalmu. Sedarlah, bahawa di dunia ini engkau adalah orang asing.

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru ( Malaikat ) menyeru dari tempat yang dekat.

Sampai bilakah engkau akan berusaha menggapai angan-anganmu? Sampai bilakah seluruh cita-citamu akan terlaksana? Sampai bilakah waktu akan menyedarkanmu? Benarlah, semua tabib angkat tangan mengatasi penyakitmu.

Dan dengarkanlah ( seruan ) pada hari penyeru (Malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

Wahai orang yang selalu beramal dengan penuh kemunafikan. Yang memperbagus amalnya di hadapan manusia seperti tukang ukir. Padahal DIA akan melihat batin, bukan zahir. Kalau dirimu selalu ingin membuat maksiat, ingatlah akan datangnya saat diusungnya keranda. Hari di mana engkau akan dilemparkan dan dibenamkan di kubur. Siapa yang akan melindungimu pada saat manusia dan jin dikumpulkan pada hari yang mengerikan.

Pelaku maksiat akan bangkit dari kuburnya dalam keadaan linglung. Menghadap Rabbul 'Alamun dengan tangan terbelenggu. Saat itulah orang-orang yang sombong akan dihinakan. Semua kepala menunduk pasrah. Yang dulu buta akan melihat, yang dulunya tuli akan kembali mendengar. Lalu dibentangkanlah SIRATH ( jambatan). Berapa banyak yang selamat, namun berapa banyak pula yang celaka.

Semua barang jaminan (untuk menghindar) akan ditolak. Penghuni neraka terlempar ke dalam kotoran dan hembusan angin yang menyengat. Tanpa penyeksaan dan batu-batu neraka yang mengerikan.

Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

Wahai orang yang tidak pernah untuk berbuat ikhlas, ke mana perginya akalmu selama ini ? Sampai bilakah dirimu akan terlena, terkagum dengan kemegahan dunia dan membanggakannya? Padahal di hadapanmu neraka yang menyala-nyala telah menanti,

Dan tahukah kamu apakah neraka Haawiyah itu? ( Iaitu ) api yang sangat panas.

Engkau akan dibangkitkan dari kubur dalam kondisi yang lemah. Gentarnya hatimu membuat badanmu tak berdaya. Airmata penyesalan pun mengucur deras. Apakah engkau tahu, apa yang disediakan bagi mereka yang haus dan lapar? Api yang menyala-nyala.

Di manakah orang-orang sombong dan takabur? Di mana orang-orang yang selama ini suka berbuat zalim? Apa yang telah disiapkan bagi kedatangan mereka? Api yang menyala-nyala.

Andai kau tahu kecelakaan yang menimpa para pelaku maksiat. Menjerit-jerit terguncang. Tak ada minum, padahal haus mencekik kerongkong. Yang ada jesteru api yang menyala-nyala.

Kalau kau hendak membayangkan sengatan panas api neraka dan mengukur bahayanya, demi Allah, tidak ada yang mampu menghindarkan daripadanya selain kesedaran( untuk berbuat amal soleh sebelumnya). Si bapak akan lari dari anaknya, saudara akan menghindari dari saudaranya. Semua orang dekat akan lari menghindar. Tak akan ada yang mampu menyelamatkan.

Tetapi orang-orang bertaqwa, yang takut terhadap Rabb-Nya akan menghindarkan. Disebabkan sebelumnya mereka selalu merasa takut terhadap seksa api yang menyala-nyala.

Semoga Allah menganugerahkan kemuliaan pada kita. Membekali kita sehingga selamat dari segala seksaan. Semoga Ia-dengan Fadhilah-Nya- berkenan menjadikan kita sebagai orang yang melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-NYa. Benarlah, di sisi-Nya ada kenikmatan yang besar.

Kita enggan mengingat maut walau sesaat.
Bahkan berpaling kepada dunia dan bersenda-gurau serta bermain-main dengannya.
Seorang pemuda berusaha meraih cita-cita, sementara jurang kematian telah menantinya.
Walau ia berhenti berharap untuk seketika, derap kematian akan tetap menghampirinya.
Kita adalah calon MAYAT... apa yang mampu kita perbuat?
Kita dihadapkan pada sesuatu yang tak mampu kita hindari...

Nukilan terjemahan : Malam Pertama di Alam Barzakh
oleh : Dr. A'idh Al-Qarni, M.A
Dr Muhammad bin Abdurrahman Al-Uraifi
Syaikh Muhammad Husain Ya'qub
Judul Asal : Awwalu Lailah Fil Qabri, Ahwalu Qabri, Hada'iqul-Mauti

Mei 2008/ JamadilUla 1429 H




Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP