:: 3P : Program Pentauliahan Pensijilan Profesional ::

Tuesday, December 15, 2009



:: 23 nov - 10 disember 2009 ::

Alhamdulillah akhirnya pena berjaya menyempurnakan kursus 3P dalam pengkhususan Adobe Flash CS4 yang ditaja khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Prestariang Malaysia iaitu salah satu badan khas yang ditanggungjawabkan oleh KPT untuk melaksanakan kursus kemahiran kepada para mahasiswa serta kakitangan awam...

Kursus ini sebenarnya terbuka dan percuma tetapi peluang yang diberikan hanyalah sekali seumur hidup.. Ini lah objektif utama kursus ini dilaksanakan bagi memastikan setiap kakitangan awam dan mahasiswa dapat menambahkan kemahiran yang sangat berguna dalam bidang pekerjaan...



---------::--------::-------------------------------------------------::---------::::-----------:::

::: MM4 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya ::

Bagi peserta yang mengikuti kursus Adobe Flash CS4 ia ditempatkan di Makmal Komputer di Fak. Sains Komuter dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya. Kursus ini berjalan selama 15 hari bermula pada 23 november sehinggalah 10 disember diikuti pula kursus SOFTskill selama 2 hari 14-15 dis 2009.

Kursus ini juga menyediakan sijil yang mana sijil ini mempunyai nilaian yang cukup tinggi dan ia boleh dikatakan sebagai sijil tambahan yang membantu para mahasiswa serta membuka sedikit peluang yang istimewa apabila memiliki sijil ini ketika ingin mendapat peluang pekerjaan..

Bagi kakitangan kerajaan pula dia akan membantu dalam mempertingkatkan jawatan kerana sijil ini adalah sijil berbentuk kemahiran berguna dalam melaksanakan pekerjaan seharian...

Bagi pena ia amat penting kerana pena telah diwajibkan untuk menyempurnakan pengajian di mana subjek khas iaitu pembangunan sistem 2 berkaitan dengan pembangunan perisian belajar. Ini lah satu rintangan dan cabaran besar kerana dalam membina sebuah perisian ia memerlukan tempoh masa yang lama serta ia memerlukan perancangan serta penyusunan gerak kerja yang sistematik..

Semesta lepas pena telah mencadangkan satu perisian belajar iaitu doa-doa harian dan zikir harian. Kertas cadangan ini diterima dan pada semesta seterusnya dari segi pembangunan sistem haruslah digerakkan.. memang susah sebenarnya tetapi tak kan nak duduk fikir susah je...Yang penting sekarang ni kena rancang serta lakaran awal dah perlu difikirkan...

Buat teman-teman alhamdulillah akhirnya pena berjaya juga dalam mendapat sijil profesional Adobe Flash CS4.. Mujur lulus kalu tak rugi lah kan.. hehehe

kat kawan2 yang seangkatan pena ucapkan tahniah jugak kat demo semua...kerana kita semua sama2 berjaya dan lulus... hehe.. kat tenaga pengajar thanks all of things.. ilmu yang dicurahkan amat berguna buat kami semua...

Baca selengkapnya...

:: NurUL I'iN ::

Tuesday, December 1, 2009


Ratuku..

Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku..
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku ..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku ….
Bukanlah ku harap
Kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari
Antara safa dan marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu syurga


Ratuku …..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A’ishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci terpuji
Kerana, aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
Tak dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu

Ratuku....
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu
Jangan sampai
tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu..

sajak : Nukilan Khas Daripada Seorang Pencinta Wanita

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP