:: Kalam kembali berbicara....::

Saturday, April 17, 2010

  Lama sekali pena tidak memperbaharui blog ini ... Mungkin kerana terlalu sibuk dan kesempitan masa disebabkan masa banyak dihabiskan untuk menyempurnakan tugasan akhir iaitu projek pembangunan sistem 2.. Alhamdulillah setelah berlaluny tarikh 16 April maka berakhir lah sudah kesemua tugasan yang patut dilaksanakan dalam semester ini..


  Sebelum ni pena banyak menghabiskan masa dengan mengadap laptop.. Yer lah
nak kena siapkan projek dengan membangunkan perisian kanak-kanak iaitu koleksi doa-doa harian dan zikir harian. Memang payah dan sungguh memenatkan jika diikutkan hati dah lama nak give up.. tapi dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan agar terus juga berjuang habis-habisan menyuntik sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri ini ....

Thanks my friends..  Walaupun sebelum ini pena berhadapan dengan kritikan oleh penyelia projek tapi akhirnya pena cuba buktikan kepada mereka yang pena mampu buat yang terbaik.. Dan akhir sekali penyelia akan akur dengan apa yang pena hasilkan.. tapi apa2 pun pena berterima kasih kepada penyelia projek , tanpa kritikan dan komen yang diberikan mungkin tak seindah dari sekarang ni hasilnya..


Sekarang ni dah habis minggu studi week dan nak masuk dah hari2 yang ditunggu-tunggu.. Yer lah hari untuk menunaikan janji.. hehe.. bukan hari akad nikah k.. jangan salah sangka k... Semester ini pena perlu menghabiskan 24 jam kredit. Walaupun perit tapi itulah yang akan memberi kekuatan untuk terus berusaha dan terus maju menuju dan terus ke depan...

Sempena bulan peperiksaan ini .. pena dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua teman-teman yang dikenali atau tidak dikenali.. Semoga kita semua akan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan gemilang serta keputusannya pun terbilang .

Kepada Mahasiswa tahun akhir....buat betul-betul.. nanti nak grad kan.. so jawab biar betul.. nanti tak de lah terkandas ke nanti .. k



Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP