Monday, May 4, 2009


Roh kita asalnya "dekat" dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecapi asal-usul yang telah ditinggalkan.

Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, barulah kita dekat dengan Allah.

Jangan seksa jiwa dan hatimu. DIA merintih mahu pulang, dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali kepada asalnya. Asalnya yang sentiasa "DEKAT" dengan Allah.

Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayang-NYA. Sesungguhnya para nabi yang juga kekasihnya semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat apa lagi kita manusia biasa ini.

Bila Allah cepat makbulkan DOAmu, maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan DOAmu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun... Kerana kasih sayang Allah, itu mendauhului kemurkaanNYA, Oleh itu, sayangilah pada Allah kerana kemurahannya dan takutlah kepada Allah kerana seksaanNYA.

" God He always listen to you, he always see you, he always know you, Always guarding and protecting you, Always managing and giving "nikmat " to you. Why are you not to LOVE him. Why are you not afraid of thr GOD who decides your fate and testing? "

Nabi bersabda : "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah beriman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, pada waktu itu, doa orang alim pun tidak akan diterima Allah. Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantu mu, kamu meminta ampun dan Allah tidak akan mengampunkanmu !!!"

:: Persoalannya :: Siapakah Raja yang amat zalim itu sekarang ini ? Berfikirlah wahai Manusia ......... Kasihanilah dirimu sendiri... bertaubatlah... berdakwahlah dan tinggalkan maksiat mengumpat, muzik yang melalaikan, dan tutuplah auratmu, ikutlah ajaran Islam yang sebenar. ::

:::: Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit. Kadangkala buahnya manis. Lalu luka dihati usah dilayan. Biar kita yang merasainya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Dan semua itu jika kita hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keihklasan kita padanya.... dan apabila terkena sesuatu musibah katakanlah " Aku amat bersyukur sekali padamu Ya Allah atas musibah ini, Jika inilah cara MU Ya Allah hendak mengampunkan dosa ku.. Alangkah indahnya penderitaan ini " ::

Apa erti ikhlas untuk manusia ? Manusia sangat memerlukan, hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, manusia akan selamat. Di mana sahaja mereka akan mendapat kesenangan apabila manusia itu bersifat ikhlas. Ketahuilah bahawa hati manusia yang ikhlas para syaitan laknatullah tidak mampu untuk bersarang yang menggoda. Cukup mudah formula untuk menewaskan syaitan. Namun apakah ukuran ikhlas di hati manusia. Adakah dengan berkata "aku ikhlas....." maka manusia itu sudah ikhlas. Kadang-kadang kata-kata manusia boleh menyeleweng kan niat ikhlas manusia. Setakat ini ukuran ikhlas hanya boleh diukur oleh Allah. Hanya Allah yang boleh menilai kadar keikhlasan hati manusia.

"" Ya Allah perbaikilah UntukKU agamaKU yang merupakan penjaga urusanKU, perbaikilah untuk KU, duniaKU yang merupakan tempat penghidupanKU, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian itu sebagai (tempat) istirehat untukku dari setiap KEJELEKAN dan MURKA MU ( AMIN Ya Allah Ya Rabbal Alamin ) ""

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP