:: HAtiku Tersentuh ::

Wednesday, March 11, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w: "Kewajipan seseorang Muslim ke atas seorang Muslim yg lain ada lima perkara iaitu Menjawab salam, melawat orang sakit , mengiringi janazahnya, menerima undangannya & mendoakan orang yg bersin." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

::: ::::: Minggu lepas ketika dalam meeting satu jemputan telah dibuat. Di mana satu program kebajikan telah disusun dan akan dianjurkan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM). So ada sorang ahli daripada kami yang terlibat memberitahu bahawa PERKIM ingin melibatkan para mahasiswa untuk turut serta dalam program melawat pesakit di Pusat PErubatan Universiti Malaya. Pada mulanya aku dengan pantas mengatakan aku sibuk. Padahal memang petang itu aku free. Entahlah mengapa hatiku ini mudah je nak lari dari melakukan kebajikan. Padahal ia mudah je. Hanya turut serta melibatkan diri. Segala cenderhati dan hadiah berupa buah tangan untuk dihadiahkan kepada pesakit telah pun disediakan oleh pihak PERKIM sendiri..

Tiba harinya ::: " Salam ni.. ada lawatn kat PPUM.. Kak esyah kata petang ni kul 2.30.. nak g tak? " mesej ini dihantar oleh usop kat aku.. Aku dengan pantas menjawab.. "Aku ada kerja lah petang ni.. Discussion..". Entah mengapa aku terburu-buru dalam membuat keputusan.. Setelah itu beberapa minit kemudian.. Rasa terdetik di HATIKU untuk membalas balik mesej tersebut untuk mengatakan aku mahu joint..

LEpas itu apa lagi aku call balik USOP.. Kita pi lah petang ni . Dalam jam 2.30 aku pi ambik hang kat AI.... :::: Tiba2 belum sempat sampai AI hujan lebat.. Dalam perjalanan ke sana dari umah sewa aku memang dah hujan.. tapi gerimis lah.. Aku dengan azam bahwa ini memang ujian.. Alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak kat ai.. Dan bertolak ke PPUM jam 3. Sampai sana dalam 10 minit jugak lah.. Usop memberitahu bahawa lawatan itu start 3.30 pm. Tapi ada taklimat sebenarnya sebelum tu jam 2.30 pm..

::: Hehe.. Aku sampai je kat tingkat 14 rupanya mereka ni dah habis taklimat. Aku sampai je time diorang makan.. Rezeki jugak sebenarnya. Dahlah aku tak makan tengah hari lagi time tu.. Apa lagi aku terus je lah belasah.. Hehe.. Alhamdullillah sebenarnya aku cukup bersyukur.. Tak sangka aku datang jugak.. Itulah pertama kali aku jejakkan kaki aku ke PPUM.. Dah duduk UM 2 tahun.. Belum pernah masuk PPUM lagi..

::: Jiwa aku sungguh tersentuh sebenarnya.. Melihat pesakit.. Aku dibahagikan 2 kumpulan. Kumpulan pertama melawat WAD di tingkat 6 dan satu kumpulan lagi di WAD tinggkat 7. Aku kumpulan kedua iaitu aku melawat ke WAD di tingkat 7. Benarlah apabila kita datang melawat orang sakit kita akan rasa suatu perasaan bahawa sebenarnya tak semua manusia ni bernasib baik. Dan KESIHATAN ini sebenarnya ujian dan kesakitan itu juga UJIAN.. Dengan kita melawat orang sakit kita akar terasa bahawa sebenarnya itulah hakikat perjalanan kehidupan manusia.. Usah ego.. USah rasa diri besar.. Apabila tuhan tarik je NIKMAT sihat itu kita akan tersungkur jugak sebenarnya.. Tak payah lah rasa diri ni hebat..

::: Terima kasih buat mereka yang telah menggerakkan hatiku untuk turut serta.. Aku sangat bersyukur.. Dengan itu aku kenali dan aku terus bermuhasabah diri..

Buat teman-teman sekalian.. Apabila diseru untuk kamu untuk melakukan kebajikan pertimbangkanlah.. Mungkin bagi kita itu hanyalah suatu yang kecil. Tapi sebenarnya terdapat satu nilai ukhwah yang terjalin.. Persaudaraan semakin tererat.. Ikatan semakin kuat..



Baca selengkapnya...

:: Usah Hiraukan Aku ::

Tuesday, March 10, 2009



:: Entah lah sejak kebelakangan ini diriku sering tersentuh.. Ujian makin bertambah.. Bebanan makin memberat.. Malah ada sesuatu yang membuatku begitu tidak mengerti.. Adakah ini suratan mahupun DUGAAN.. Untuk menguji aku.. Memang difikirkan aku memang banyak melakukan kesilapan. Kesilapan ini jika dihitungkan tidak layak untuk diampunkan malah amat memeritkan jika ditebuskan.. Mengapa dahulu aku mudah terpedaya? Mengapa diriku ini sering terleka.. terlupa malah terpesona dengan keasyikan yang akhirnya menjerutku sehingga aku terpaksa meminta belas kasihan..

+++ Sungguh hina diriku ini.. Sungguh jijik sekali. Mengapa dulu aku tidak memikirkannya.. Seringkali aku lalai dalam keasyikan dan keseronokan.. Aku sebenarnya malu berhadapan dengan mu.. Bagaimana untuk aku mempertanggungjawabkan amanah yang telah kau berikan.. Bahkan aku sendiri tersipu-sipu dan mencari-cari akan tali kebenaran untuk aku berpaut.. Agar aku tidak akan terjerut lagi dan lemas dalam lembah kebinasaan itu..

%%% Umurku semakin meningkat.. Bukan bermakna kehidupan ini akan bertambah tetapi kehidupan semakin berkurangan.. Kematian semakin mendekati.. Itulah betapa singkatnya keilmuan manusia dalam soal memikirkan hakikat kehidupan..

%%%%Tiada makna kehidupan andai diri ini tiada perubahan dari keburukan kepada kebaikan. Setiap hari perlukan kepada pembaikan.. Perhitungan perlu diteruskan..

%%%%%%Ke mana hilangnya diri ku ini.. Teman.. USah engkau hiraukan aku jikalau kerana diriku ini engkau turut sama menerima kebinasaan.. Usah engkau pasrah dengan diriku ini.. PAsrahlah akan diri mU.. Aku memang bernasib malang..

Ya Allah ...
JIka itu yang engkau mahukan .. Apakan daya.. TEtapi Tuhanku.. Aku pasrah dan aku berharap engkau dengarlah rintihan diriku ini .. Aku tidak sanggup menerima seksaan azabmu.. Malah aku tidak upaya untuk menebusnya tetapi engakau maha mengetahui akan kelemahan hamba MU ini ..Engkau lah tempat pergantungan hamba seperti ku ini ...

Baca selengkapnya...

::: Album X-TRIMT '09 :::

Tuesday, March 3, 2009

Sebahagian Aktiviti Yang dijalankan sepanjang kembara X-TRIMT 09..
















Baca selengkapnya...

::: X-TRIMT '09 :::

Sunday, March 1, 2009

Ekspedisi Teroka RImba Ilmu Mahasiswa Terengganu 2009.

1 Mac 2009 : Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya Kuala Lumpur akhirnya berjaya menyempurnakan program berbentuk kembara merentas RIMBA..Pada awalnya memang diakui terdapat kelemahan dari segi pengurusan kami.. Tetapi aktiviti dan pengisian yang diselitkan amat bermakna kerana ia akan menentukan sejauh mana objektif yang dirangka itu benar-benar dipenuhi..

Aktiviti Repelling... Menuruni cerun yang sangat tinggi...


Terima kasih kepada semua peserta X-TRIMT 2009 walaupun kebanyakan yang menyertai ini bukan orang terengganu dan mereka ini akan memberi sinar kilauan baru bahawa PERMATA mampu untuk menarik minat semua..



Aktiviti Night Walking : Antara para peserta serta ajk terlibat..

Aktiviti yang paling mencabar adalah repelling.. Ini menguji minda serta ketahanan fizikal. Walaupun ia memakan masa yang agak lama tetapi akhirnya semua peserta mampu menyerpurnakan proses menuruni cerun air terjun yang tingginya lebih kurang bangunan 5 tingkat dengan menggunakan tali.

Semoga peserta akan terus memberi komitmen kepada PERMATA.. Tanpa andai siapalah kami.. Kami pihak urusetia hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih...

Baca selengkapnya...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP