Suara Dari Kampus UKM

Thursday, January 8, 2009


8 Januari 2009 adalah hari bersejarah bagi UKM dalam memastikan perubahan gelombang politik kampus di mana hari penamaan calon bagi menentukan pemilihan pucuk pimpinan baru untuk kepimpinan peringkat mahasiswa untuk mengetuai kepimpinan mahasiswa di dalam universiti. Hari penamaan ini sebenarnya berlaku berbeza untuk setiap universiti di Malaysia. UKM salah sebuah universiti yang mengadakan proses pilihanraya yang begitu lewat. Ada juga universiti lain yang turut merima nasib yang sama sepeti UIA dan UM. Ada universiti yang sekarang ini dalam dilema di mana pihak universiti belum memutuskan bilakah tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi. Ini termasuk UM dan UITM.


Adakah ini menunjukkan begitu lemah sekali pentadbiran Universiti Tempatan dalam menentukan tarikh PRK. Seolah-olah mereka cuba ingin menyembunyikan sesuatu yang secara zahirnya mereka ketahui ada sesuatu pihak akan tergugat dan untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak. Inilah sebenarnya persoalan utama yang bakal mereka berdepan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi sendiri seolah-olah cuba untuk merancang strategi untuk memastikan kepentingannya akan terus terpelihara dan mereka seolah-olah mahu kepimpinan mahasiswa itu daripada citarasa mereka. Bukan untuk kepentingan mahasiswa tapi mereka seolah-olah mahu mencaturi setiap pergerakan politik kampus itu di bawah selera mereka.

Ini lah sebenarnya racun yang telah lama disimpan dan kini racun tersebut telah pun berjaya dikesan oleh segelintir pucuk kepimpinan mahasiswa di dalam sesuatu universiti. Racun inilah yang mereka cuba untuk buangkan daripada kampus masing-masing agar ia tidak akan membawa kepada penyakit yang lebih serius yang akan merosakkan mahasiswa..

Tahniah diucapkan kepada UKM..
Semoaga perjalanan PRK di UKM akan berjalan lancar sehingga hari pembuangan UNDI nanti..
STUDENT POWER....

STUDENT POWER...

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP