:::: Angkara Siapa? :::

Friday, January 16, 2009



Ini bukan gambar dibuat-buat tetapi ini adalah realiti yang berlaku.

16 Januari 2009, Jumaat- Satu kejadian benar-benar mengejutkan warga kampus terutamanya mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur di mana kepala seokor khinzir telah diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam UM. Masjid itu memang kebiasaan di buat tempat untuk menunaikan solat jumaat pada hari jumaat gempar setelah salah seorang pelajar yang datang untuk menunaikan solat subuh di sana terkejut setelah mendapati bahawa kepala seekor babi ditinggalkan dan dibiarkan di dalam masjid tersebut.

Kejadian ini memang tidak disedari walaupun terdapat beberapa orang yang tidur di dalamnya. Siapakah dalang atas kejadian ini? Walaupun ini berlaku di dalam kampus tetapi ini melibatkan kesucian agama Islam. Ini telah mencemarkan RUMAH IBADAH.

Ini adalah satu bentuk penghinaan dan balas dendam oleh golongan tertentu terhadap sesuatu pihak. Khinzir itu diletakkan dan dibiarkan di atas sehelai bendera PAS. Di atas bendera tersebut terdapat tulisan PMI, PRO-M dan Pas. Ini memang satu tindakan jahat dan kurang orang ajar oleh golongan yang tidak bermoral. Yang peliknya ia berlaku dalam tempoh UM akan menghadapi pilihanraya kampus. Seolah-olah ada golongan cuba untuk menakut-nakutkan mahasiswa yang aktif terutamanya kepada calon-calon bertanding daripada PRO-M.

Sebagai umat Islam hendaklah kita berdoa agar mereka yang melakukan kerja-kerja ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya..

Allah U Akbar!

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP