::: MISI SYAHADATAIN GEN-Y 7:172 ::::

Wednesday, December 31, 2008


::::::::::: Ekspedisi Remaja Kental (Nasional) 2008 ::::::::::

Anjuran : Kelab Remaja JIM-Jemaah Islah Malaysia Kemaman.
Tema : MISI SYAHADATAIN GEN Y 7:172
Tarikh : 19, 20 & 21 Disember 2008

19 Disember 2008, Jumaat : KRJ Kemaman telah mengadakan satu kem aktiviti perkemahan di CRR Kemaman. Program ini keseluruhannya disertai oleh seramai 120 orang perserta dari seluruh negeri. Setiap negeri menghantar puratanya lebih kurang 10 orang peserta. Kebanyakan mereka ini adalah ahli Kelab Remaja JIM di setiap sekolah masing-masing.

Program ini adalah program tahunan JIM dan ia diadakan setiap tahun. Peserta pula terdiri daripada pelajar tingkatan 3. Antara motif serta objektif program ini diadakan adalah untuk melatih remaja serta memberi serba sedikit input tentang soal kewajipan sebagai muslim.

Aktiviti rata-ratanya memberi banyak kenangan manis kepada peserta...
Selaku Fasilitator untuk kem ini saya berharap agar program ini perlu diperbaiki lagi supaya kelangsungan dalam menjalankan setiap modul itu akan lebih tersusun dan lancar.

Tahniah diucapkan kepada JIM Kemaman di atas kesudian menjemput saya selaku fasilitator jemputan. Semoga program akan datang akan lebih lancar. ..

Kepada peserta X-REK, anda adalah Penggalas MISI Syahadatain masa hadapan.. Usah biarkan misi ini terhenti pastikan ia akan terus bergerak dan terus mara. Biar rebah kerana mempertahankan misi ini tetapi jangan berpatah kerana sebagai Pejuang hanya dua perkara sahaja yang menjadi matlamat kita. Syahid di Medan perjuangan dan Menang sebagai Pejuang Keadilan...

Baca selengkapnya...

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP