:: Inspirasi KU ...:::

Thursday, October 8, 2009

::: Salam ukhwah fillah.... Celik tak celik akhirnya dah nak sampai ke penghujung akhir semester.. Bila dihitung tinggal berapa minggu je lagi nak final exam.. Penulis pun lepas raya hari tu lama benor tak update blog... Yer lah balik je dari raya kerja pun bertimbun.. Itu pun jika diberi peluang untuk melarikan diri memang pena ni nak sangat lari... Yerlah tak semudah yang disangka sebenarnya....

Itulah akibatnya diri tak rancang betul2 masa ni.. Hehe.. Kata orang manusia ni tak boleh lari daripada masalah.. dan melarikan diri daripada masalah itu akan menambahkan lagi masalah. Tapi manusia itu perlu menghadapi nya jugak. Kerana dengan masalah inilah manusia akan lebih tahu akan selok belok kehidupan. Bagaimana nak survive, nak tahu mcam mana nak mengatasi masalah. Nak kenal pasti itu adalah masalah dan apakah kemampuan diri...

Jika ada orang berkata dirinya tidak pernah hadapi masalah maka adalah suatu yang bermasalah dalam hidupnya.. Yer lah semua manusia yang berada di atas muka bumi ni akan hadapi masalah. Yang penting adalah kemampuan manusia dan usaha manusia itu dalam mencuba menyelesaikan masalah...

;;;;; 11 oktober 2009 ::; Tarikh aku diberi tanggunggjawab untuk memberi training kat budak-budak terengganu dalam bengkel ICT... fuh.. Berdebar jugak. Yer lah walaupun pena pernah memberi ceramah sebelum ini di sekolah lama hatta memang diri ini kalu ikutkan biasa sangat lah diberi tanggungjwab untuk mengendalikan satu program.. Perasaan GUGUP atau pun bimbang pasti hadir.. Betul lah kata orang pengalaman mengajar kita akan lebih berhati-hati dan pengalaman lah yang membuatkan kita lebih kehadapan...

BUat kekasih Abadi ku aku berdoa kepadaMU moga-moga engkau mengurniakan aku kekuatan dan buat kekasih diriku doakanlah akan diri ku ini moga-moga pena ni dipermudahkan dan mampu dalam melaksanakan apa yang diamanahkan...

sebenarnya pena belum merancang lagi apa yang nak diajar.. Setakat adobe photoshope... Mampu lagi.. Dalam masa yang sama ni apa lagi nak kongsi ngan teman... Ya Allah semoga ilmu yang kucurahkan kepada teman-temanku ini engkau balasi dengan apa yang aku sendiri tak sangka-sangka kan..

Ya Allah engkau murahkan lah rezeki hambamu ini ... Tiada satu ungkapan yang mampu aku katakan untuk menandakan aku begitu mensyukuri akan kurniaan pemberian mu.. Kerana kurniaan mu itu aku sendiri tidak mampu untuk menghitungnya kerana ia sangat bernilai dan tiada ukuran dalam dunia ini yang boleh menjadikan ia sandaran untuk dijadikan pengukur akan apa yang telah engkau kurniakan....

Buat kekasih diri ku aku berharap engkau juga sentiasa diberi kekuatan... Semoga cita-cita murni kita ini bukan untuk kebaikan diri kita semata-mata tetapi kebaikan itu untuk dikongsi dan orang di sekeliling kita mendapat kebaikan daripada apa yang kita kongsikan...

Buat kekasih diriku aku tujukan sebuah lirik lagu untuk menggambarakan apa yang aku inspirasi kan dalam KEHIDUPAN ini .....

Inspirasi...

Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku

lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP