:: Mana yang perlu diUTAMAKAN ::

Monday, August 31, 2009

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185

maksudnya : "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) pada bulan ramadhan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi petunjuk bagi seluruh manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah".

Ramadhan adalah bulan ibadah. Setiap muslim hendaklah mengambil peluang yang ada sebaik mungkin untuk mengisi setiap ruang masa dengan pelbagai ibadah termasuk yang wajib wajarlah sentiasa mempertingkatkan dari segi kekusyukan serta penghayatan dan memperbanyakkan ibadah sunnat.

Dalam konsep ibadah ini adakalanya muslim itu dia terkadang-kadang tidak mengetahui akan konsep utama beribadah. Keutamaan dalam ibadah. Ibadah wajib sering diperlekehkan tetapi ibadah sunnat sangat ditekankan. Ini lah namanya kesilapan dalam beribadah. Muslim perlu faham akan konsep ibadah itu sebenarnya. Agar ia tidak akan mencacatkan dari segi keutamaan dan nilaian Allah akan hambanya yang beribadah kepadanya..

Ibadah wajib adalah tunjang utama dan ibadah sunnat itu sebagai pelengkap. Jika yang utama dan yang patut diaulakan tidak dikerjakan maka nilaian di sisi Allah ia tetap menyalahi dan tidak mampu untuk disamakan dari segi pahala dan keperluan ibadah tersebut. Seperti Solat lima waktu secara berjemaah dengan solat terawikh berjemaah. Ada perbezaan ketara dari segi ganjaran pahala.

Sepatutnya ramadhan datang untuk muslim sentiasa memperkemas ibadah wajib disamping pertingkatkan ibadah sunnat. Barulah solat itu menjadi pendinding yang utuh kepada keperibadian Muslim. Allah berfirman dalam kalamnya sesungguhnya solat itu mencegah perkara mungkar dan keji.

Sempena ramadhan untuk tahun ini marilah kita memakmurkan ibadah dalam diri kita dengan ibadah wajib diutamakan dahulu. Agar ia tidak akan menjejaskan ibadah puasa di bulan ramadhan itu sendiri.

Ramadhan dikenali dengan bulan Al-Quran kerana dari segi sejarah Islam bahawa al-Quran diturunkan di bulan ramadhan. Kita mungkin mengetahui malah sentiasa dihebahkan bahawa ramadhan adalah bulan Al-Quran tetapi sejauh mana penghayatan kita. Adakah sekadar mendengar. Al-Quran itu di dalamnya terdapat keterangan yang mampu membezakan antara benar dan salah di samping memberi panduan yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP