:: Usah Hiraukan Aku ::

Tuesday, March 10, 2009



:: Entah lah sejak kebelakangan ini diriku sering tersentuh.. Ujian makin bertambah.. Bebanan makin memberat.. Malah ada sesuatu yang membuatku begitu tidak mengerti.. Adakah ini suratan mahupun DUGAAN.. Untuk menguji aku.. Memang difikirkan aku memang banyak melakukan kesilapan. Kesilapan ini jika dihitungkan tidak layak untuk diampunkan malah amat memeritkan jika ditebuskan.. Mengapa dahulu aku mudah terpedaya? Mengapa diriku ini sering terleka.. terlupa malah terpesona dengan keasyikan yang akhirnya menjerutku sehingga aku terpaksa meminta belas kasihan..

+++ Sungguh hina diriku ini.. Sungguh jijik sekali. Mengapa dulu aku tidak memikirkannya.. Seringkali aku lalai dalam keasyikan dan keseronokan.. Aku sebenarnya malu berhadapan dengan mu.. Bagaimana untuk aku mempertanggungjawabkan amanah yang telah kau berikan.. Bahkan aku sendiri tersipu-sipu dan mencari-cari akan tali kebenaran untuk aku berpaut.. Agar aku tidak akan terjerut lagi dan lemas dalam lembah kebinasaan itu..

%%% Umurku semakin meningkat.. Bukan bermakna kehidupan ini akan bertambah tetapi kehidupan semakin berkurangan.. Kematian semakin mendekati.. Itulah betapa singkatnya keilmuan manusia dalam soal memikirkan hakikat kehidupan..

%%%%Tiada makna kehidupan andai diri ini tiada perubahan dari keburukan kepada kebaikan. Setiap hari perlukan kepada pembaikan.. Perhitungan perlu diteruskan..

%%%%%%Ke mana hilangnya diri ku ini.. Teman.. USah engkau hiraukan aku jikalau kerana diriku ini engkau turut sama menerima kebinasaan.. Usah engkau pasrah dengan diriku ini.. PAsrahlah akan diri mU.. Aku memang bernasib malang..

Ya Allah ...
JIka itu yang engkau mahukan .. Apakan daya.. TEtapi Tuhanku.. Aku pasrah dan aku berharap engkau dengarlah rintihan diriku ini .. Aku tidak sanggup menerima seksaan azabmu.. Malah aku tidak upaya untuk menebusnya tetapi engakau maha mengetahui akan kelemahan hamba MU ini ..Engkau lah tempat pergantungan hamba seperti ku ini ...

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP