:: HAtiku Tersentuh ::

Wednesday, March 11, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w: "Kewajipan seseorang Muslim ke atas seorang Muslim yg lain ada lima perkara iaitu Menjawab salam, melawat orang sakit , mengiringi janazahnya, menerima undangannya & mendoakan orang yg bersin." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

::: ::::: Minggu lepas ketika dalam meeting satu jemputan telah dibuat. Di mana satu program kebajikan telah disusun dan akan dianjurkan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM). So ada sorang ahli daripada kami yang terlibat memberitahu bahawa PERKIM ingin melibatkan para mahasiswa untuk turut serta dalam program melawat pesakit di Pusat PErubatan Universiti Malaya. Pada mulanya aku dengan pantas mengatakan aku sibuk. Padahal memang petang itu aku free. Entahlah mengapa hatiku ini mudah je nak lari dari melakukan kebajikan. Padahal ia mudah je. Hanya turut serta melibatkan diri. Segala cenderhati dan hadiah berupa buah tangan untuk dihadiahkan kepada pesakit telah pun disediakan oleh pihak PERKIM sendiri..

Tiba harinya ::: " Salam ni.. ada lawatn kat PPUM.. Kak esyah kata petang ni kul 2.30.. nak g tak? " mesej ini dihantar oleh usop kat aku.. Aku dengan pantas menjawab.. "Aku ada kerja lah petang ni.. Discussion..". Entah mengapa aku terburu-buru dalam membuat keputusan.. Setelah itu beberapa minit kemudian.. Rasa terdetik di HATIKU untuk membalas balik mesej tersebut untuk mengatakan aku mahu joint..

LEpas itu apa lagi aku call balik USOP.. Kita pi lah petang ni . Dalam jam 2.30 aku pi ambik hang kat AI.... :::: Tiba2 belum sempat sampai AI hujan lebat.. Dalam perjalanan ke sana dari umah sewa aku memang dah hujan.. tapi gerimis lah.. Aku dengan azam bahwa ini memang ujian.. Alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak kat ai.. Dan bertolak ke PPUM jam 3. Sampai sana dalam 10 minit jugak lah.. Usop memberitahu bahawa lawatan itu start 3.30 pm. Tapi ada taklimat sebenarnya sebelum tu jam 2.30 pm..

::: Hehe.. Aku sampai je kat tingkat 14 rupanya mereka ni dah habis taklimat. Aku sampai je time diorang makan.. Rezeki jugak sebenarnya. Dahlah aku tak makan tengah hari lagi time tu.. Apa lagi aku terus je lah belasah.. Hehe.. Alhamdullillah sebenarnya aku cukup bersyukur.. Tak sangka aku datang jugak.. Itulah pertama kali aku jejakkan kaki aku ke PPUM.. Dah duduk UM 2 tahun.. Belum pernah masuk PPUM lagi..

::: Jiwa aku sungguh tersentuh sebenarnya.. Melihat pesakit.. Aku dibahagikan 2 kumpulan. Kumpulan pertama melawat WAD di tingkat 6 dan satu kumpulan lagi di WAD tinggkat 7. Aku kumpulan kedua iaitu aku melawat ke WAD di tingkat 7. Benarlah apabila kita datang melawat orang sakit kita akan rasa suatu perasaan bahawa sebenarnya tak semua manusia ni bernasib baik. Dan KESIHATAN ini sebenarnya ujian dan kesakitan itu juga UJIAN.. Dengan kita melawat orang sakit kita akar terasa bahawa sebenarnya itulah hakikat perjalanan kehidupan manusia.. Usah ego.. USah rasa diri besar.. Apabila tuhan tarik je NIKMAT sihat itu kita akan tersungkur jugak sebenarnya.. Tak payah lah rasa diri ni hebat..

::: Terima kasih buat mereka yang telah menggerakkan hatiku untuk turut serta.. Aku sangat bersyukur.. Dengan itu aku kenali dan aku terus bermuhasabah diri..

Buat teman-teman sekalian.. Apabila diseru untuk kamu untuk melakukan kebajikan pertimbangkanlah.. Mungkin bagi kita itu hanyalah suatu yang kecil. Tapi sebenarnya terdapat satu nilai ukhwah yang terjalin.. Persaudaraan semakin tererat.. Ikatan semakin kuat..



0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP