:: Decide Your Path wisely ::

Thursday, October 29, 2009

Secret Two
Decide Your Path wisely
The Story of a Man and His Street


That day, I was reading the Internet forum I frequent daily and saw an article posted by a member. The title? Would You Marry You ? My…. Isn’t that an interesting question? I chuckled at the words on my laptop screen. The title was certainly interesting enough to make me sit up immediately, and honestly, I was curious to see how people would respond!

A few minutes after reading the article, I just sat there, with my back against the chair, pondering. The article had asked me to think of all my own behaviors and habits and ask myself this one, vital question:

-If I met a person (i.e. myself) who had this list of characteristics, behaviors, and altitudes, would I marry her ? –

I was supposed to reflect on my current behavior, and this is the key: not the behavior or the character I wish to possess in the future. The evaluation period is now, current, present and at-this-instant behavior.

Baca selengkapnya...

:: Permata Yang DiCaRi ::

Sunday, October 25, 2009


:: Apabila 2 Hati telah berpaut maka apakah ia benar-benar Kukuh::
:: Adakah Pautan Itu benar-benar ditunjangi akan kekuatan Iman::
:: Adakah ia semata-mata untuk permainan diri dalam memenuhi kehendak nafsu semata-mata::
:: Sedarlah insan ... Apakah kalian benar-benar ikhlas dalam merealitikan kehendak diri :
:: Apakah kalian sedari bahawa kehidupan ini apabila tersilap dalam menentukan langkah ... maka kesilapan akan ditemui... penyesalan mungkin jalan terbaik tetapi perlu sedari pengajaran hari ini perlulah dijadikan pengalaman dan panduan untuk meneruskan langkah pada esok hari...

Kalian perlu sedari dalam mengejar mimpi
menuju satu cita sejati ...
menggapai seribu Impian ...
perlukan kepada persediaan diri yang benar-benar lengkap ...

Di sini ku kongsi bersama akan suatu nukilan dari suara hati
bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam berhubungan
........:::.....:::::.....:::::.......

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


:: aku sedari akan kesilapan ku...::

Thursday, October 15, 2009


:: Selasa lepas balik dari pj mood aku tiba2 tak elok.. aku sebenarnya tersilap dalam membuat pertimbangan.. Menyebabkan hari keesokannya terasa seperti aku telah membuat kesilapan besar... aku telah menyusahkan orang yang aku sayang.. aku pasrah dan aku sungguh menyesal...

Aku berjanji pada diriku bahawa aku takkan mengulangi lagi kesilapan ini.. Aku berharap dirinya dapat memaafkan aku.. Aku tidak sanggup lagi kehilangan dirinya... Kerana bagiku dia adalah insan yang sngat aku perlukan sama-sama berkongsi masalah.. Aku berharap dia juga memendam rasa yang sama.. aku mungkin mampu untuk berhasrat tapi belum tentu hasrat ku ini difahami dirinya...:: bagiku ungkapan perpisahan tiada dalam kamus diriku... tetap bagaimanapun berlaku aku tetap akan setia menunggu ... aku akan terus menanti... sekiranya ajal itu yang menjadi pengakhiran maka aku tetap perlu menerima kerana itu adalah kehendak tuhan Yang Maha Esa..

:: beginilah kehidupan manusia, dia tidak boleh menghalang suatu yang pasti dan suatu yang memang sudah ditentukan... Kerana kehidupan manusia di muka bumi ini hanyalah fantasi .. tidak hakiki dan berkekalan... ::

YA Allah Ya tuhanku... aku panjatkan kemaafan serta aku memohon kepada engkau menerima taubat ku di atas kesilapan ku yang lalu...

Wahai ibu dan ayahku yang tersayang.. Anakmu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu berdua .. Semoga dengan penat lelah serta keringat dayamu dahulu sehingga membuatkan diriku berada di depan matamu akan sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi yang berpanjangan...

:: Pakej Perkahwinan ::

Wednesday, October 14, 2009


:: Selamat pengantin baru kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga... Terutama kepada sahabat baik iaitu Ustaz Hafizudin Hassan... :: Duk sibuk memangjang bekerja tak kira malam siang... Kasihan pulak pena tengok.. Yerlah katanya nak kumpul duit hantaran pastu nak kumpul duit nak beli kereta...

:: macam2 ragam orang yang nak berkahwin ni.. Ada yang bekerja sampai diri sendiri terseksa..Pena doakan moga2 kerja kuat mereka ni sentiasa di bawah lindungan ilahi.. Kepada mereka yang belum lagi merancang nak kahwin or mereka yang yang baru nak merancang perkahwinan, pena nasihatkan rancang lah dengan penuh hikmah dan persiapkan diri dari sekrang... Strategi kena betul.. Planning kena merangkumi semua perkara...

Nak kahwin bukan mesti fikir soal duit je tau.. Soal ilmu rumah tangga tu penting.. sebab Islam tak mensyaratkan duit itu perkara utama tapi kemampuan diri dari segi pelbagai aspek yang menjadi perkara utama...


Baru2 ni pena dapat banyak undangan perkahwinan.. Fuh... lagi satu tarikh kahwin pulak semua bulan 12 ... macam mereka yang kahwin ni ada ambik pakej perkahwinan ke kat mana-mana... !!!
hehe ... lawak betul mereka ni ... ada juga mereka ni sebenarnya dah ada gosip lama2 tapi tak sangka rupanya betul.. kepada unit melodi yang ada duk um tahniah lah .. kerana berjaya merealitikan berita sensasi yang penuh kontroversi jugak kiranya ni... hehe,,,,,

:: baguslah ... kepada teman-teman, senior2 aku ni ... korang memang hebat lah.. pena mampu doakan bahawa mereka ni berbahagia sehingga ke anak cucu...

:: nanti bila dah dapat anak jangan lupa pulak jemput ke majlis akikah pulak k...

:: Rumah tangga hiasan permata syurga... kilauan bahtera kehidupan dihiasi dengan keimanan ::
Ya Allah engkau rahmatilah pasangan bahagia ini .. Agar dengan terbinanya ikatan mulia ni maka lindungan tuhan terus dibukakan dan diperluaskan untuk kesejahteraan bersama..

Allahuakbar! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Segala-galanya terserah dan engkau aturkan satu perancangan yang terbaik bagi mereka ni ... ::

:: Inspirasi KU ...:::

Thursday, October 8, 2009

::: Salam ukhwah fillah.... Celik tak celik akhirnya dah nak sampai ke penghujung akhir semester.. Bila dihitung tinggal berapa minggu je lagi nak final exam.. Penulis pun lepas raya hari tu lama benor tak update blog... Yer lah balik je dari raya kerja pun bertimbun.. Itu pun jika diberi peluang untuk melarikan diri memang pena ni nak sangat lari... Yerlah tak semudah yang disangka sebenarnya....

Itulah akibatnya diri tak rancang betul2 masa ni.. Hehe.. Kata orang manusia ni tak boleh lari daripada masalah.. dan melarikan diri daripada masalah itu akan menambahkan lagi masalah. Tapi manusia itu perlu menghadapi nya jugak. Kerana dengan masalah inilah manusia akan lebih tahu akan selok belok kehidupan. Bagaimana nak survive, nak tahu mcam mana nak mengatasi masalah. Nak kenal pasti itu adalah masalah dan apakah kemampuan diri...

Jika ada orang berkata dirinya tidak pernah hadapi masalah maka adalah suatu yang bermasalah dalam hidupnya.. Yer lah semua manusia yang berada di atas muka bumi ni akan hadapi masalah. Yang penting adalah kemampuan manusia dan usaha manusia itu dalam mencuba menyelesaikan masalah...

;;;;; 11 oktober 2009 ::; Tarikh aku diberi tanggunggjawab untuk memberi training kat budak-budak terengganu dalam bengkel ICT... fuh.. Berdebar jugak. Yer lah walaupun pena pernah memberi ceramah sebelum ini di sekolah lama hatta memang diri ini kalu ikutkan biasa sangat lah diberi tanggungjwab untuk mengendalikan satu program.. Perasaan GUGUP atau pun bimbang pasti hadir.. Betul lah kata orang pengalaman mengajar kita akan lebih berhati-hati dan pengalaman lah yang membuatkan kita lebih kehadapan...

BUat kekasih Abadi ku aku berdoa kepadaMU moga-moga engkau mengurniakan aku kekuatan dan buat kekasih diriku doakanlah akan diri ku ini moga-moga pena ni dipermudahkan dan mampu dalam melaksanakan apa yang diamanahkan...

sebenarnya pena belum merancang lagi apa yang nak diajar.. Setakat adobe photoshope... Mampu lagi.. Dalam masa yang sama ni apa lagi nak kongsi ngan teman... Ya Allah semoga ilmu yang kucurahkan kepada teman-temanku ini engkau balasi dengan apa yang aku sendiri tak sangka-sangka kan..

Ya Allah engkau murahkan lah rezeki hambamu ini ... Tiada satu ungkapan yang mampu aku katakan untuk menandakan aku begitu mensyukuri akan kurniaan pemberian mu.. Kerana kurniaan mu itu aku sendiri tidak mampu untuk menghitungnya kerana ia sangat bernilai dan tiada ukuran dalam dunia ini yang boleh menjadikan ia sandaran untuk dijadikan pengukur akan apa yang telah engkau kurniakan....

Buat kekasih diri ku aku berharap engkau juga sentiasa diberi kekuatan... Semoga cita-cita murni kita ini bukan untuk kebaikan diri kita semata-mata tetapi kebaikan itu untuk dikongsi dan orang di sekeliling kita mendapat kebaikan daripada apa yang kita kongsikan...

Buat kekasih diriku aku tujukan sebuah lirik lagu untuk menggambarakan apa yang aku inspirasi kan dalam KEHIDUPAN ini .....

Inspirasi...

Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku

lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP