:: Kepada-NYA kita Kembali -WGJ 4786 ...::

Sunday, March 7, 2010

Firman Allah s.w.t dalam kalamnya dalam Surah Al-Baqarah 2:286.

Terjemahannya : " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Masih diberinya peluang untuk menghirup udara segar dan bernyawa. Betapa besar sekali nikmat tuhan dan tiada mampu kita sebagai hambanya untuk menghitung akan nikmatnya itu.. Sunngguh tidak terhingga akan kebesaran dan keagunganNYA.. 

Kejadian yang menimpa pena pada tarikh 10 Februari 2010 pada jam 11 malam sangat memeritkan dan dia pengajaran besar buat pena. Tuhan maha mengetahui akan apa yang terjadi. Kita sebagai hamba perlulah bersabar dan sentiasa perlu untuk mengingatiNYA. 

Pena terlibat dengan kemalangan pada malam tersebut di dalam kawasan kampus UKM. Kejadian berlaku ketika pena dalam perjalanan pulang ke UM selepas selesai sahaja perbincangan dan pertemuan dengan exco Kerajaan Terengganu yang juga melibatkan wakil-wakil persatuan mahasiswa terengganu Universiti sekitar lembah klang. Pena pada malam tersebut mewakili PERMATA UM dan ditemani oleh exco Sukan iaitu saudara Ihsan. 

Kejadian yang melibatkan pena dengan seorang anggota keselamatan UKM. Kejadian berlaku akibat kecuaian anggota tersebut dalam membuat belokan ke kanan ketika di persimpangan T. 

Tarikh pada gambar tersebut harap diabaikan kerana kamera malam tu tidak di setting tarikh nya yang tepat. Peristiwa yang menimpa pena pada malam itu mampu diselesaikan dengan cara baik. Pena juga berterima kasih kepada teman-teman UKM kerana banyak membantu pena. 

Kerosakan teruk pada motor kesayangan pena amat mengejutkan. Walaupun kami yang menunggangnya tidak mengalami luka yang teruk tetapi ia suatu gambaran hitam yang paling menakutkan. 

Pena bersyukur kerana tuhan memberi kekuatan. Ujian yang menimpa pena kali ni sebenarnya banyak memberi pengertian..

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP