:::: RiNtiHaN HaMbA ::::
Monday, January 19, 2009
Ya Allah saat ini aku diuji olehmu. Bagaimana untuk kudambakan kepadaMU.. Di saat ini aku amat-amat memerlukanMU untuk engkau dengari rintihan hatiku ini. Aku bersyukur engkau mengujiku.. Aku berharap agar ujian ini akan mendekatkan lagi aku dengan MU.. Dengan itu mampu untuk ku lebih mencintaimu..
Ya Allah kenapakah setiap orang di sekelilingi ku ini tidak bisa menerima ku sebagai temannya. Mereka semua pergi meninggalkan ku di kala ku buntu dalam membuat keputusan. Ku sedari bahawa ku tidak mampu memberi yang terbaik untuk mereka. Tetapi ku telah cuba sedaya upaya agar mereka sentiasa menyenangi setiap tindakan ku ini. Walaupun aku sanggup mengorbankan kepentingan diri ku ini. Aku bukannya manusia yang serba lengkap. Aku juga insan biasa. Mengapa aku diuji sebegini rupa.
Adakah ku sendiri yang menyebabkan ini berlaku. Ya Allah andai kata diriku ini hanyut dan hampir lemas Engkau lemparkanlah pelampung untukku berpaut. Supaya aku mampu menyelamatkan diriku ini.
Andaikata aku lena dalam tidurku engkau kejutkanlah ku dengan sahutan yang mampu membangunkan ku untuk kembali kepadaMU..
Ya Allah Hanya Engkau aku berserah dan hanya Engkau aku meminta..
0 comments:
Post a Comment