::: Perubahan Di Universiti Malaya ::::
Tuesday, January 20, 2009
Alhamdullillah. Jam 4.00 am akhirnya pihak HEP Universiti Malaya mengisytiharkan bahawa PRO-Mahasiswa menang 19 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan iaitu kerusi UMUM calon PRO-M, memenangi 8 kerusi teratas daripada 9 kerusi yang dipertandingkan dan 10 kerusi fakulti. 2 Calon Bebas yang bertanding di fakulti kejuruteraan memenangi 2 kerusi. Manakala Penggerak Mahasiswa pula memenangi 1 kerusi di peringkat Umum dan 19 kerusi di peringkat fakulti.
Dari segi membentuk kabinet MPMUM sesi 2008/2009 masih terdapat kegoyahan. Walaupun penentuan majlis tertinggi MPMUM berdasarkan pemilihan calon peringkat umum. Kita nantikan bagaimana kabinet campuran yang akan dilaksanakan nanti. Kita berharap calon daripada PRO-M akan mengetuai MPMUM. Insya'Allah...
Tahniah Calon Pro-M. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Selama 5 tahun kita terpaksa menunggu menantikan saat begini hadir. Beginilah perjuangan. Kepayahan dalam menghadapi liku-liku perjuangan itulah yang akan memberi satu harapan baru bahawa kita tidak harus cepat untuk mengalah. Bahkan kita perlu sentiasa berusaha dan usaha ke arah memartabatkan intelektual mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment