:::::: Ku Merintih Ku Menangis Ke Mengharap ::::::

Friday, January 30, 2009






"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing, sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan.



Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran skit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dengan dengan Allah."

Jangan seksa jiwa dan hatimu, DIA merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. 'Asalnya' yang sentiasa 'dekat' dengan Allah.
Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih SAYANGNYA...

"Sesungguhnya para-para nabi yang juga kekasihNYA.... semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat apatah lagi kita ini manusia biasa"



Apabila Allah cepat memakbulkan DOAMU, maka Allah menyayangimu, Apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Apabila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik unTukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan pun ........
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA. Oleh itu sayangilah kepada Allah kerana kemurahanNYA dan takutlah kepada Allah kerana seksaanNYA.

" GOD, he always listen to you, he always see you, he always know you, Always guarding and protecting you, Always managing and giving "nikmat" to you. Why are YOU not to love him? Why are you not afraid of the GOD who decides your fate and destiny?".

Nabi bersabda : " Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik Raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda. Pada waktu itu, doa orang Alim pun tidak akan diterima Allah. Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!!!.

( Persolannya : Siapakah Raja yang amat zalim itu sekarang ini ? Berfikirlah Wahai Manusia.. berdakwahlah dan tinggalkan maksiat, mengumpat, muzik yang leka dan tutuplah auratmu, ikutilah ajaran ISLAM yang sebenar. )

Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah di layan. Biar kita yang merasanya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Dan semua itu jika kita hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kira kerana keikhlasan kita padanya....dan apabila terkena sesuatu musibah katakanlah "aku amat bersyukur sekali padamu Ya Allah atas musibah ini, jika inilah cara MU ingin mengampunkan dosaku, alangkah indahnya penderitaan ini".

Apa erti ikhlas untuk manusia ? Manusia sangat meme rlukan hati yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, manusia akan selamat di mana sahaja. Mereka akan mendapat kesenangan apabila manusia itu bersifat ikhlas. Ketahuilah bahawa hati manusia yang ikhlas, para syaitan laknatullah tidak mampu untuk bersarang untuk menggoda. Cukup mudah formula untuk menewaskan SYAITAN. Namun apakah ukuran ikhlas di hati manusia. Adakah dengan berkata "aku ikhlas....." maka manusia itu sudah ikhlas. Kadang-kadang kata-kata manusia ini boleh menyelewengkan niat ikhlas manusia. Setakat ini ukuran ikhlas hanya boleh diukur oleh Allah. Hanya Allah yang boleh menilai kadar keikhlasan hati manusia.



"Ya Allah perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikanlah kematian itu sebagai (tempat) istirehat untukku dari setiap kejelekan dan murkaMU ( Amin ya Allah ya Rabbal alamin).....".

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP