:::: Apa Khabar Adikku ?::::

Sunday, January 11, 2009


.........Berlalunya MESSAGE 08.................

Program Menjana Sahsiah dan Akademik Gemilang 2008...
:::::Rentetan daripada MESSAGE 08::::

Setelah hampir setengah tahun setelah program untuk adik-adikku yang tercinta di Sek. Men. Agama Al-Falah Kemaman, kini bagaimana keadaan mereka semua. Tahun ini mereka semua akan menggalas misi yang begitu berat. Mereka ini akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah-PMR. Entah lah bagaimana mereka. Walaupun hati ini sering mengharap agar adik-adik di sana berubah dan akan terus berjuang. Walaupun perkenalan dalam kem tersebut selama 3 hari 2 malam agar ia mampu memberi sedikit memori akan bahwa abang dan kakakmu ini mahukan kamu semua menjadi insan yang berguna.

Keadaan dan suasana yang berbeza hari ini berbanding pada zaman sebelumnya memberi sedikit sebanyak kepada abang-abang dan akak-akak untuk memastikan adik-adik tidak terus hanyut dalam arus perkembangan zaman. Adik-adik perlukan pendedahan agar mereka ini terus utuh dalam membina personaliti walaupun usia sebelum program baru dikatakan masih keanak-anakan tapi usia umur 14 tahun itu sebenarnya dah masuk ke usia matang. Sekarang adik-adik ini semua dah menjadi REMAJA. Inilah saat adik-adik akan kenal apa itu dunia sebenarnya..


Adik-adik kini di peringkat usia untuk mencari-cari dan mencuba-cuba. Perubahan ini lah yang perlu dikawal agar tidak tersalah dalam memilih dan mencuba. Adakalanya mencuba itu perlu tapi perlukan kepada saranan dan pesanan serta tunjuk ajar daripada orang yang benar-benar bijak dan mengetahui selok-beloknya.

Jika terlajak.. Maka akan ada juga padahnya.. Tapi hendaklah sentiasa berwaspada.. Bertanyalah untuk mengelak diri-diri adik dari tersesat.. Usah segan dalam soal-soal agama. Kerana itulah ilmu yang akan menyuluh adik tatkala adik-adik dalam kegelapan. Itu juga petunjuk atau peta untuk memastikan adik bijak dalam memilih jalan tatkala berada di persimpangan. Agar pilihan adik tepat supaya penghujungnya akan membawa kepada hasil yang megembirakan.

Adik-adikku...
Teringatkah lagi kamu semua akan program MESSAGE '08. Ini adalah kejayaan semua. Termasuk jugak kepada abang-abangmu serta akak-akak mu.. Kami semua ini hanyalah Abang-abang dan kakak-kakak FASILITATOR.
Kami semua mahu adik-adiklah yang akan menggalas MISI seterusnya tatkala kami (abang dan kakak) sudah pun tak terdaya untuk menggalasnya disebabkan usia itu yang akan memaksa bahawa PENGGALAS MISI hendaklah sentiasa terdiri daripada mereka yang muda. MEreka yang kental..

Bersedialah adik-adikku..
Kerana misi yang akan diberikan kepadaMU sama sahaja tetapi corak itu yang perlu untuk adik-adik sekalian nukilkan serta aturan yang terperinci.....

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP