Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

:: MESSAGE 09 ::

Wednesday, July 8, 2009




:: MESSAGE 09 ::
::PROGRAM MENJANA SAHSIAH & AKHLAK GEMILANG 2009 ::

2, 3 & 4 Julai 2009- Khamis, Jumaat & Sabtu : SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH KEMAMAN. Baru-baru ni Himpunan Anak-Anak Didik Al-Falah telah mengadakan program bermalam selama 3 hari 2 malam berbentuk kerohanian dan kepimpinan diri.

Pengisian program kali ini cuba meningkatkan lagi kefahaman serta memberi pengukuhan dari segi kepentingan solat, perkara-perkara sunat dalam kehidupan serta tanggungjawab seorang muslim. Dari segi keseluruhan program kali ni serba sedikit mampu memberi sedikit sinar dan membuka ruang kepada para peserta untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menyemak akan kekurangan yang selama ini diamalkan dalam kehidupan seharian..


Baca selengkapnya...

::: Album X-TRIMT '09 :::

Tuesday, March 3, 2009

Sebahagian Aktiviti Yang dijalankan sepanjang kembara X-TRIMT 09..
















Baca selengkapnya...

::: X-TRIMT '09 :::

Sunday, March 1, 2009

Ekspedisi Teroka RImba Ilmu Mahasiswa Terengganu 2009.

1 Mac 2009 : Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya Kuala Lumpur akhirnya berjaya menyempurnakan program berbentuk kembara merentas RIMBA..Pada awalnya memang diakui terdapat kelemahan dari segi pengurusan kami.. Tetapi aktiviti dan pengisian yang diselitkan amat bermakna kerana ia akan menentukan sejauh mana objektif yang dirangka itu benar-benar dipenuhi..

Aktiviti Repelling... Menuruni cerun yang sangat tinggi...


Terima kasih kepada semua peserta X-TRIMT 2009 walaupun kebanyakan yang menyertai ini bukan orang terengganu dan mereka ini akan memberi sinar kilauan baru bahawa PERMATA mampu untuk menarik minat semua..



Aktiviti Night Walking : Antara para peserta serta ajk terlibat..

Aktiviti yang paling mencabar adalah repelling.. Ini menguji minda serta ketahanan fizikal. Walaupun ia memakan masa yang agak lama tetapi akhirnya semua peserta mampu menyerpurnakan proses menuruni cerun air terjun yang tingginya lebih kurang bangunan 5 tingkat dengan menggunakan tali.

Semoga peserta akan terus memberi komitmen kepada PERMATA.. Tanpa andai siapalah kami.. Kami pihak urusetia hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih...

Baca selengkapnya...

:: EKSPEDISI TEROKA RIMBA ::

Monday, February 9, 2009




Baca selengkapnya...

:: Aktiviti Tahunan PERMATA Universiti Malaya ::

Saturday, February 7, 2009






X-TRIM '09 adalah satu program berbentuk aktiviti lasak yang akan dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Kem ini akan dijalankan selama 3 Hari 2 Malam. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancangkan. Semoga X-Trimt kali ini akan memberi satu misi yang penting kepada peserta-peserta yang akan mengikutinya. Penyertaan sebanyak 100 orang peserta dibuka dan keutamaan akan diberikan kepada Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Berikut adalah keterangan terperinci program tersebut.

Nama Program : X-TRIM '09 : Ekspedisi Teroka Rimba Ilmu Mahasiswa Terengganu 2009
Tarikh : 27, 28 FEB & 1 MAC 2009
Tempat : Kem Motivasi Raudhah, Gombak
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan : RM 15.00 untuk seorang ( 6 Kali makan dalam sehari) **
Aktiviti : Ice Breaking, Team Building, Night Walking, Jungle Tracking, Flying Fox, Repelling, Rempuh Laluan Berhalangan, Ikhtiar Hidup,
Penyertaan : Terbuka seramai 100 orang peserta ( Keutamaan akan diberikan kepada Mahasiswa Terengganu.
Hubungi (Untuk Penyertaan ) :
:::Saniy - 0132115490

:::: Syukor - 0132508456
:::::: Syawal - 0139259790
:::::::: Zainab - 0132321416

:::: Jangan lepaskan peluang, peluang sudah di depan anda.. Bila lagi untuk kita isikan dada kita dengan ilmu yang jarang-jarang kita perolehi. Kemahiran ini menguji ketahanan fizikal dan mental kita. Kemahiran ini tidak akan kita perolehi di dewan bilik kuliah.. Apa tunggu lagi.. Penganjuran kali ini memang berbeza.. Walaupun anda seorang perempuan anda pasti mampu untuk mengikuti nya.. Jurulatih yang mengendalikan aktiviti lasak adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman..

Baca selengkapnya...

:::: Apa Khabar Adikku ?::::

Sunday, January 11, 2009


.........Berlalunya MESSAGE 08.................

Program Menjana Sahsiah dan Akademik Gemilang 2008...
:::::Rentetan daripada MESSAGE 08::::

Setelah hampir setengah tahun setelah program untuk adik-adikku yang tercinta di Sek. Men. Agama Al-Falah Kemaman, kini bagaimana keadaan mereka semua. Tahun ini mereka semua akan menggalas misi yang begitu berat. Mereka ini akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah-PMR. Entah lah bagaimana mereka. Walaupun hati ini sering mengharap agar adik-adik di sana berubah dan akan terus berjuang. Walaupun perkenalan dalam kem tersebut selama 3 hari 2 malam agar ia mampu memberi sedikit memori akan bahwa abang dan kakakmu ini mahukan kamu semua menjadi insan yang berguna.

Keadaan dan suasana yang berbeza hari ini berbanding pada zaman sebelumnya memberi sedikit sebanyak kepada abang-abang dan akak-akak untuk memastikan adik-adik tidak terus hanyut dalam arus perkembangan zaman. Adik-adik perlukan pendedahan agar mereka ini terus utuh dalam membina personaliti walaupun usia sebelum program baru dikatakan masih keanak-anakan tapi usia umur 14 tahun itu sebenarnya dah masuk ke usia matang. Sekarang adik-adik ini semua dah menjadi REMAJA. Inilah saat adik-adik akan kenal apa itu dunia sebenarnya..


Adik-adik kini di peringkat usia untuk mencari-cari dan mencuba-cuba. Perubahan ini lah yang perlu dikawal agar tidak tersalah dalam memilih dan mencuba. Adakalanya mencuba itu perlu tapi perlukan kepada saranan dan pesanan serta tunjuk ajar daripada orang yang benar-benar bijak dan mengetahui selok-beloknya.

Jika terlajak.. Maka akan ada juga padahnya.. Tapi hendaklah sentiasa berwaspada.. Bertanyalah untuk mengelak diri-diri adik dari tersesat.. Usah segan dalam soal-soal agama. Kerana itulah ilmu yang akan menyuluh adik tatkala adik-adik dalam kegelapan. Itu juga petunjuk atau peta untuk memastikan adik bijak dalam memilih jalan tatkala berada di persimpangan. Agar pilihan adik tepat supaya penghujungnya akan membawa kepada hasil yang megembirakan.

Adik-adikku...
Teringatkah lagi kamu semua akan program MESSAGE '08. Ini adalah kejayaan semua. Termasuk jugak kepada abang-abangmu serta akak-akak mu.. Kami semua ini hanyalah Abang-abang dan kakak-kakak FASILITATOR.
Kami semua mahu adik-adiklah yang akan menggalas MISI seterusnya tatkala kami (abang dan kakak) sudah pun tak terdaya untuk menggalasnya disebabkan usia itu yang akan memaksa bahawa PENGGALAS MISI hendaklah sentiasa terdiri daripada mereka yang muda. MEreka yang kental..

Bersedialah adik-adikku..
Kerana misi yang akan diberikan kepadaMU sama sahaja tetapi corak itu yang perlu untuk adik-adik sekalian nukilkan serta aturan yang terperinci.....

Baca selengkapnya...

::: MISI SYAHADATAIN GEN-Y 7:172 ::::

Wednesday, December 31, 2008


::::::::::: Ekspedisi Remaja Kental (Nasional) 2008 ::::::::::

Anjuran : Kelab Remaja JIM-Jemaah Islah Malaysia Kemaman.
Tema : MISI SYAHADATAIN GEN Y 7:172
Tarikh : 19, 20 & 21 Disember 2008

19 Disember 2008, Jumaat : KRJ Kemaman telah mengadakan satu kem aktiviti perkemahan di CRR Kemaman. Program ini keseluruhannya disertai oleh seramai 120 orang perserta dari seluruh negeri. Setiap negeri menghantar puratanya lebih kurang 10 orang peserta. Kebanyakan mereka ini adalah ahli Kelab Remaja JIM di setiap sekolah masing-masing.

Program ini adalah program tahunan JIM dan ia diadakan setiap tahun. Peserta pula terdiri daripada pelajar tingkatan 3. Antara motif serta objektif program ini diadakan adalah untuk melatih remaja serta memberi serba sedikit input tentang soal kewajipan sebagai muslim.

Aktiviti rata-ratanya memberi banyak kenangan manis kepada peserta...
Selaku Fasilitator untuk kem ini saya berharap agar program ini perlu diperbaiki lagi supaya kelangsungan dalam menjalankan setiap modul itu akan lebih tersusun dan lancar.

Tahniah diucapkan kepada JIM Kemaman di atas kesudian menjemput saya selaku fasilitator jemputan. Semoga program akan datang akan lebih lancar. ..

Kepada peserta X-REK, anda adalah Penggalas MISI Syahadatain masa hadapan.. Usah biarkan misi ini terhenti pastikan ia akan terus bergerak dan terus mara. Biar rebah kerana mempertahankan misi ini tetapi jangan berpatah kerana sebagai Pejuang hanya dua perkara sahaja yang menjadi matlamat kita. Syahid di Medan perjuangan dan Menang sebagai Pejuang Keadilan...

Baca selengkapnya...

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP