:: Malam Pertama di Alam Kubur ::
Friday, January 30, 2009
Sebagai muslim 3 persoalan yang perlu kita ingati berkaitan dengan kematian iaitu :
BILA? DI MANA ? BAGAIMANA? Sebagai hamba, 2 persoalan tidak mampu untuk kita caturi kerana ia telah ditetapkan iaitu soal Bila kita akan mati? dan Di mana kita akan mati?. Persoalan ini kita tidak mampu untuk mengubahnya kerana ia sudah menjadi qada' dan qadar ilahi yang telah pun tertulis sejak kita lahir ke dunia ini lagi.
Persoalan yang ke-3 iaitu bagaimana kita akan mati ? itulah yang perlu kita caturi. Kerana kita yang menentukan diri kita bagaimana keadaan kita untuk menghadapi saat kematian. Adakah kita ingin mati dalam keadaan husnul khatimah ataupun SUul khatimah. Itu terserah kepada kita untuk memilihnya. Kerana hanya ada dua pilihan sahaja yang akan menanti untuk kesudahan hidup kita di bumi yang sementara ini sebelum kita melengkapkan kembara kita ke alam yang seterusnya.
Di sini penulis ingin berkongsi dengan para pembaca serta mengesyorkan kepada para pembaca untuk sama-sama menghayati penulisan yang diterbitkan oleh penulis buku terkenal La Tahzan, Jangan kamu bersedih. Buku ini adalah siri pembinaan hati.
Sila dapatkan di pasaran. Jangan lepaskan peluang kerana penulisan dan nukilan yang terdapat di dalamnya banyak mengisahkan tentang soal kematian. Ia mampu memberi kita peringatan serta menggamit hati untuk kita sama-sama hayati tentang kebenaran yang akan setiap manusia akan lalui nya.
Di sini dinukilkan sedikit hasil isi kandungan penulis buku ini yang benar-benar menyedarkan kita:
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa,
Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah;
Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya,
Atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
oleh : Dr. A'idh Al-Qarni, M.A.