Mudah-mudahan kamu berfikir.....

Thursday, February 12, 2009

Ahad, Isnin, Selasa , Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad.... Begitulah seterusnya..

Tak terfikirkah kita.. Tiba-tiba kita tidak bertemu dengan hari-hari itu.. Tiba-tiba kita diberiken undangan jemputan yang kebiasaannya jarang terdetik di fikiran kita untuk memikirkannya.. Bahkan tak disangka sebenarnya jemputan tersebut tidak pun dilampirkan hari serta masanya.. Bahkan undangan jemputan itu sama sekali wajib kita penuhi..

Mengapa?

Kerana jemputan itu adalah jemputan malaikat izrail.. Entahlah.. Hari bertukar dari sehari ke sehari.. Ya Allah begitu ku kejar dunia begitu jauh sekali ku dengan tuntutan-MU.. Bagaimana ku mudah terleka... Padahal ku fikir ku telah pun menunaikan segala perintahmu..

Ku masih ingat lagi satu firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkannya" :Yassin-ayat 62.

Ya Allah, begitu mudah sekali aku melupakanmu.. Rupanya aku telah menjadikan syaitan itu sebagai temanku tanpa ku sedari.. Memang hina sekali diriku ini...

Benarlah apa yang dirakamkan Allah dalam Kalam sucinya itu.. Manusia ini mudah lupa padahal dia telah tahu yang sebenarnya syaitan itu adalah musuhnya..

Aku sekadar berkongsi dengan teman-teman sekalian.. Apa yang dirasa sama-sama kita fikirkan.. Biarlah terdetik di hati kita akan amal yang ada pada diri kita.. Usah kita fikir apa kebaikan yang telah kita tunaikan.. Tapi kita fikirkan adakah kebaikan yang kita buat itu benar-benar diterima oleh Rabb..

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP