::: 7 hari dalam Seminggu :::

Thursday, February 5, 2009


Sejak kebelakangan ini hati kecilku ini bertambah risau.. Entahlah.. Asyik je rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang benar-benar sayang.. Akhirnya tak jumpa juga apa punca sebenarnya. Walaupun dikenalpasti apa yang bermain di fikiran.. Mungkin ini hanyalah satu mainan perasaan je..

Alhamdullillah waktu cuti seminggu ku banyak ku habiskan di umah sewa.. Orang lain ada yang balik kampung tapi aku tidak. Pada awalnya memang aku merancang untuk pulang ke kampung dan mengahabiskan cuti yang dah ditetapkan oleh universiti. Tapi tuhan itu maha mengetahui.. Kita berfikir kita mampu. Tuhan juga mampu untuk membolak balikkan hati kita.. Tapi ada baiknya jugak tak balik. Habiskan masa di umah sewa ni. Boleh lah jugak rancangkan aktiviti untuk jangka masa panjang yang akan datang..

Jika fikir kembali seminggu tu sekejap je.. Bukannya lama.. Alhamdullillah.. ada jugalah aktiviti berfaedah yang dibuat.. Mujur jiran aku tak balik.. Jika mereka ni balik tak mampu lah aku nak online internet.. Sebab yang control power mereka ni.. Mujur ada jiran yang baik hati.. Tak balik kampung time cuti. Dulu setahu aku mereka ni sering je balik.. Tapi sekarang ni dah lain jadinya..

Seminggu?

Macam2 boleh buat tau. Dalam masa seminggu aku diibaratkan seperti suri umah sepenuh masa. Sebelum ni jika hari kuliah boleh jadi aku jadi suri umah separuh masa je... Macam2 lah aku buat. Mengemas umah.. Memasak.. Cuba masakan baru.. kah2.. Nak ketawa jugak. Ha lah cuba masakan baru ni.. Adakalany tak jadi.. Tapi makan jugak lah ..

Dalam masa seminggu ni sempat jugak aku habiskan satu buku.. Padahal sebelum ni nak habiskan satu buku pun payah.. Dulu jika ada novel, masa hari kuliah pun aku sanggup habiskan.. Jika habis membaca aku cuba update BLOG.. Nak jadi penulis katakan.. Tapi best jugak. Belajar jadi penulis ni.. Boleh bagi pandangan.. boleh kongsi apa yang kita rasakan..sambil kita dakwah.. Hehe.. Apa2 pun ada lah jugak aktiviti yang aku buat..

Fatin Nabila.. mcam mana lah yer.. mesti dah besar skit ni.. Ummi bagitau tak leh tengok orang makan.. Mesti nak je.. Auni Humairah? yang ni heroin ni.. Badan mesti lagi sihat dan lagi tembam.. Anak saudara ku dua orang ni, CIK MAD rindu bangat sama kamu... Sekarng ni anak aku pun dah bertambah ramai. Kira punya kira 9 orang semuanya.. Hero 2 orang je.. Heroin 7 orang.. Aduhai.. Nampaknya lagi kecoh lah sebab pempuan ni perangai lagi pelik.. Hehe.. Abang ipar aku pulak ..katanya nak pi USA bulan 4 ni.. Moga2 segala perancangan tu berjalan lancar...

Sekarang ni duk runsing pikir.. Assignment dah bertimbung.. Itulah duk bertangguh lagi.. Ni lah padah bagi aku.. Tak patuhi masa dan jadual harian pulak selalu je bertukar2..
... Harap kali ni kerja akan beres k...

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP