:: Kerakusan KErajaan ::
Sunday, February 15, 2009
" Kamu merancang dan Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemilik kepada segala perancangan"..
Najib.. Bakal PERDANA MENTERI kita. Tapi tak naik takhta dah nak tunjuk lagak. Baguslah. Sebab dia ni dah tunjuk diri sebenarnya.. Walaupun dia tak jadi PERDANA MENTERI lagi.
Sebagai penulis mahupun RAKYAT MAlaysia yang cintakan KEADILAN.. saya mengutuk tindakan Najib yang seolah-olah dia yang berhak menentukan kuasa dan suara rakyat. INgatlah saat kejatuhanmu akan tiba.. Usah angkuh dengan kuasa.. Kerana kuasa itu hanyalah sesuatu yang kecil sebenarnya di sisi Allah. Manusia ini mudah megah apabila berkuasa..
Inilah kehidupan manusia yang menjadikan kuasa sebagai matlamat, harta dan kekayaan sebagai kelansungan dalam merencanakan agenda buruk..
Wahai UMAT ISLAM.. Bersatu hatilah dalam memerangi kezaliman.. Usah kita getir kerana bagi pencinta dan pejuang kebenaran, KEADILAN lah yang mampu mengadili serta menghukum mereka yang bersalah...
Ini hanyalah permulaan.. Kerana orang yang beriman itu dia tidak sesekali akan menyerah kalah selagi dasar perjuangan itu berasaskan kepada keadilan dan kebenaran..