Dilahirkan dan membesar di negeri TERCINTA TERENGGANU darul IMAN. Mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Islam (PASTI) Bukit Mentok, Kemaman. Kemudian melebarkan peguasaan ILMU ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok. Setelah berjaya dalam melepasi UJIAN PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH, UPSR membuka lembaran baru dalam BIDANG AGAMA dengan menyambung pelajaran di SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH KEMAMAN, SMAAFK. Selama 5 tahun mengecapi pengajian ILMU di sana dan tidak berhijrah ke mana-mana sekolah. Apabila mendapat keputusan yang dikira cemerlang dalam SPM, akhirnya telah berhijrah ke sebuah negeri CIK SITI WAN KEMBANG. Di sana telah menyambung pengajian peringkat Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dan Pengajian Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam PURI selama 2 tahun. Sekarang ini masih menuntut di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang yang sama untuk memburu segulung IJAZAH SARJANA MUDA...
InsyaAllah dalam beberapa jam ;lagi aku akan menjejak kaki ke bumi mesir selama sebulan.. Perasaan yang penuh dengan debaran meningkatkan lagi gemuruh di jiwa.. Aku serahkan segala-galanya kepada Mu Ya Allah..
Sekarang ni akan ku cuba untuk memulakan sebuah penceritaan perjalanan penulisan yang bertajuk Ketika Cinta Berduka.. Semoga apa yang ku harapkan ini akan berjalan lancar,,,, Semoga Allah akan membantu aku.. Dan apa yang aku ingin kongsikan ini adalah untuk manfaat bersama dan juga untuk membiasakan diri dalam bidang penulisan ini ..
Mungkin ini adalah permulaan.. Semua terserah kepada NYA.. Agar ia akan mempermudahkan perjalanan aku kali ni di bumi asing Mesir tu.. Apa yang terbaik tu aku serahkan segala-galanya kepada Nya.. Semoga ujian yang menimpa diri ku nanti akan lebih menabahkan serta meningkatkan diri ku lebih cekal dalam menempuh kehidupan ini ...
Lama sekali pena tidak memperbaharui blog ini ... Mungkin kerana terlalu sibuk dan kesempitan masa disebabkan masa banyak dihabiskan untuk menyempurnakan tugasan akhir iaitu projek pembangunan sistem 2.. Alhamdulillah setelah berlaluny tarikh 16 April maka berakhir lah sudah kesemua tugasan yang patut dilaksanakan dalam semester ini..
Sebelum ni pena banyak menghabiskan masa dengan mengadap laptop.. Yer lah
nak kena siapkan projek dengan membangunkan perisian kanak-kanak iaitu koleksi doa-doa harian dan zikir harian. Memang payah dan sungguh memenatkan jika diikutkan hati dah lama nak give up.. tapi dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan agar terus juga berjuang habis-habisan menyuntik sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri ini ....
Thanks my friends.. Walaupun sebelum ini pena berhadapan dengan kritikan oleh penyelia projek tapi akhirnya pena cuba buktikan kepada mereka yang pena mampu buat yang terbaik.. Dan akhir sekali penyelia akan akur dengan apa yang pena hasilkan.. tapi apa2 pun pena berterima kasih kepada penyelia projek , tanpa kritikan dan komen yang diberikan mungkin tak seindah dari sekarang ni hasilnya..
Sekarang ni dah habis minggu studi week dan nak masuk dah hari2 yang ditunggu-tunggu.. Yer lah hari untuk menunaikan janji.. hehe.. bukan hari akad nikah k.. jangan salah sangka k... Semester ini pena perlu menghabiskan 24 jam kredit. Walaupun perit tapi itulah yang akan memberi kekuatan untuk terus berusaha dan terus maju menuju dan terus ke depan...
Sempena bulan peperiksaan ini .. pena dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua teman-teman yang dikenali atau tidak dikenali.. Semoga kita semua akan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan gemilang serta keputusannya pun terbilang .
Kepada Mahasiswa tahun akhir....buat betul-betul.. nanti nak grad kan.. so jawab biar betul.. nanti tak de lah terkandas ke nanti .. k
Terjemahannya : Dihiaskan ( dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan, dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikulm dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun0kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Terjemahannya : Dan juga mereka (yang direhdai Allah itu ialah orang-orang) yang berdo’a dengan berkata : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”
Nabi Muhammad (S.A.W) telah bersabda:
تنكح المرأة لأربع : لمالها ، ولحسبها ، ولجملها ، ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك " متفق عليه
Terjemahannya : Seorang wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, nasabnya, kecantikannya dan karena agamanya, maka pilihlah karena agamanya nescaya engkau akan beruntung.
Sebuah Keluarga di dalam Islam berbentuk fundamental. Maka dari situlah akan lahirnya generasi mujahid dan mujahidah yang akan berjuang menegakkan kalimat Allah serta mewarisi kepimpinan khilafah di muka bumi. Disitu jugalah akan terbentuk para pendakwah-pendakwah yang akan menyeru untuk melakukan kebaikan dan menolak serta mencegah kemungkaran. Islam telah memberikan arahan kepada kita dalam membentuk keluarga yang sesuai dan menepati petunjuk Allah. Baik melalui Al-Qur'an mahuupun melalui kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah telah memberikan arahan agar iman (agama) diletakkan sebagai aspek utama dalam membentuk keluarga. Keluarga yang dibangun atas dasar keimanan akan mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah. Keluarga seperti inilah yang akan membuat seluruh anggotanya benar-benar mentaati perintah dan tuntutan agama. Tidak hairanlah, jika ungkapan "baiti jannati" akan benar-benar terucap dari mereka. Namun, membentuk keluarga yang sakinah mawaddah warrahmah, yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah itu tidaklah begitu mudah yang disangka. Begitu banyak sekali ragam dan rintangan dan hambatannya. Hambatan baik yang bersumber dari dalam maupun dari luar, sangat mungkin untuk membelokkan tujuan mulia dari sebuah keluarga. Begitu banyak bahtera rumah tangga yang karam di tengah lautan sebelum mencapai tujuannya. Bahkan yang paling tragis, ikatan pernikahan berakhir dengan perceraian.Maka tidak hairanlah ada sebuah ungkapan yang berbunyi : "Jika ada syurga di dunia, maka syurga itu adalah pernikahan yang bahagia. Tetapi jika ada neraka di dunia, itu adalah rumah tangga yang penuh dengan pertengkaran dan kecurigaan-kecurigaan yang menakutkan di antara suami isteri".Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tiga kunci kebahagiaan bagi seorang laki-laki adalah isteri solehan yang jika dipandang membuatmu semakin sayang dan jika kamu pergi, akan membuatmu merasa aman, dia mampu menjaga kehormatan dirinya dan hartamu, kendaraan yang baik yang mampu mengantar ke mana kamu pergi, dan rumah yang damai yang penuh kasih sayang. Baginda juga melanjutkan dalam sabdanya, "Tiga perkara yang membuatmu sengsara adalah isteri tidak membuatmu bahagia jika dipandang dan tidak bisa menjaga lidahnya, juga tidak membuatmu merasa aman jika kamu pergi karena tidak bisa menjaga kehormatan diri dan hartamu, kendaraan rosak yang jika dipakai hanya membuatmu lelah dan jika kamu tinggalkan tidak bisa menghantarmu pergi, dan rumah yang sempit yang tidak kamu temukan kedamaian di dalamnya."