... Ketika CInta Berduka Menjadi Taruhan ...
Saturday, July 10, 2010
.. Alhamdulillah .. Ku selamat sampai akhirnya ke bumi tercinta .. Tanggal 28 Jun 2010 tarikh sangat bermakna buat ku .. Ada perasaan sedih.. pilu.. bercampur gembira.. riang .. dan segala-galanya.. payah untuk digambarkan.. hanya diri sahaja yang mampu mengolahkannya..
Ku bersyukur kepada MU Ya-Allah kepulangan ku diiringi dengan keberkatanMu.. dan akhirnya ku dapat pulang ke tanah air ku yang tercinta .. Sebulan lebih ku menjejak kaki ke bumi yang cukup terasing iaitu bumi yang kaya dengan sejarah Anbia'.. sejarah para aulia' dan para ulama' yang terkemuka dalam sejarah Islam.iaitu Mesir yang tercinta ...
Kehidupan ku di sana banyak mengajar dan memberi pengalaman yang cukup berharga.. benarlah kata-kata para cendikiawan Islam.. Merantau bermusafir ke negara orang akan menambahkan beribu pengalaman.. malah akan meningkatkan ketaqwaan kita dalam memerhati serta merenung kebesaran setiap kejadian Allah..
Firman Allah s.w.t dalam kalamNYA yang maha agung
1) Surah al-Hujjurat ayat 13 :
terjemahannya : " Wahai Umat manusia! sesungguhnya telah kami ciptakan akan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semua-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih mulia pada keturunan atau bangsannya). Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNYA(akan keadaan dan amalan kamu)."
2) Surah Al-Naml 27: 69
terjemahannya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang berdosa itu"."
3) Surah Al-Hajj 22 :46
terjemahannya : "Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada"
++++++++++++++=======+++++++++++++++=======+++++++++++++========+++++++
telah terbukti dalam al-Quran banyak sekali hikmah yang tersembunyi tentang faedah mengembara .. bermusafir dan juga menjelajah ke tempat asing... Sungguh beruntung orang yang diberi peluang dalam menjelajah ini .. dan Yakinlah akan apa yang berlaku. Setiap apa yang telah berlaku itu mengandungi hikmahnya yang perlu difikirkan.. sebagai Hamba Allah marilah sama-sama kita menggali serta menghayati akan suruhan ini...
+++++++++++++============+++++++++===========+++++++++++==========+++++++
Ketika Cinta Berduka menjadi taruhan Utama ...
Sepanjang diri ini berada di sana banyak yang dipelajari di samping mengenal akan budaya masyarakat arab Mesir khususnya.. Alhamdulillah sepanjang berada di sana tidak lah terlalu banyak menghadapi masalah walaupun ianya tidak lah terlalu membebankan tapi ia pengalaman yang cukup bermakna.. dari awal menjejak kaki ke Mesir hinggalah pulang kembali ke tanah air..
Kepada para pembaca sekalian.. Di sini akan saya cuba kongsikan pengalaman buat santapan bersama kerana ia amat berharga sekali buat diri ini...
Ketika CInta berduka kian merintih diri ini terus diuji.. Resah gelisah cukup sesak di dada.. Resah menyesak di jiwa.. akhirnya ku tunduk pasrah kepada-NYA.. Akhirnya hadirlah suatu CINTA yang tiada diri ni menyangka .. Adakah ini takdir ketentuannya yang tiada mampu untuk ku hadapi ? tetapi ku benar-benar bersyukur kerana masih di beri kekuatan .. Amin Ya Rabbal Aa-Lamin.... Baca selengkapnya...
:: Ku menjejak kaki di bumi Mesir .. Bermulah Episod baru ...::
Saturday, May 22, 2010
InsyaAllah dalam beberapa jam ;lagi aku akan menjejak kaki ke bumi mesir selama sebulan.. Perasaan yang penuh dengan debaran meningkatkan lagi gemuruh di jiwa.. Aku serahkan segala-galanya kepada Mu Ya Allah..
Sekarang ni akan ku cuba untuk memulakan sebuah penceritaan perjalanan penulisan yang bertajuk Ketika Cinta Berduka.. Semoga apa yang ku harapkan ini akan berjalan lancar,,,, Semoga Allah akan membantu aku.. Dan apa yang aku ingin kongsikan ini adalah untuk manfaat bersama dan juga untuk membiasakan diri dalam bidang penulisan ini ..
Mungkin ini adalah permulaan.. Semua terserah kepada NYA.. Agar ia akan mempermudahkan perjalanan aku kali ni di bumi asing Mesir tu.. Apa yang terbaik tu aku serahkan segala-galanya kepada Nya.. Semoga ujian yang menimpa diri ku nanti akan lebih menabahkan serta meningkatkan diri ku lebih cekal dalam menempuh kehidupan ini ...
Allah uaAkbar... Allahuakbar.. Allahuakbar..
:: Kalam kembali berbicara....::
Saturday, April 17, 2010
Lama sekali pena tidak memperbaharui blog ini ... Mungkin kerana terlalu sibuk dan kesempitan masa disebabkan masa banyak dihabiskan untuk menyempurnakan tugasan akhir iaitu projek pembangunan sistem 2.. Alhamdulillah setelah berlaluny tarikh 16 April maka berakhir lah sudah kesemua tugasan yang patut dilaksanakan dalam semester ini..
Sebelum ni pena banyak menghabiskan masa dengan mengadap laptop.. Yer lah
nak kena siapkan projek dengan membangunkan perisian kanak-kanak iaitu koleksi doa-doa harian dan zikir harian. Memang payah dan sungguh memenatkan jika diikutkan hati dah lama nak give up.. tapi dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan agar terus juga berjuang habis-habisan menyuntik sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri ini ....
Thanks my friends.. Walaupun sebelum ini pena berhadapan dengan kritikan oleh penyelia projek tapi akhirnya pena cuba buktikan kepada mereka yang pena mampu buat yang terbaik.. Dan akhir sekali penyelia akan akur dengan apa yang pena hasilkan.. tapi apa2 pun pena berterima kasih kepada penyelia projek , tanpa kritikan dan komen yang diberikan mungkin tak seindah dari sekarang ni hasilnya..
Sekarang ni dah habis minggu studi week dan nak masuk dah hari2 yang ditunggu-tunggu.. Yer lah hari untuk menunaikan janji.. hehe.. bukan hari akad nikah k.. jangan salah sangka k... Semester ini pena perlu menghabiskan 24 jam kredit. Walaupun perit tapi itulah yang akan memberi kekuatan untuk terus berusaha dan terus maju menuju dan terus ke depan...
Sempena bulan peperiksaan ini .. pena dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua teman-teman yang dikenali atau tidak dikenali.. Semoga kita semua akan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan gemilang serta keputusannya pun terbilang .
Kepada Mahasiswa tahun akhir....buat betul-betul.. nanti nak grad kan.. so jawab biar betul.. nanti tak de lah terkandas ke nanti .. k
Baca selengkapnya...
:: Keluarga Bersendi Taqwa - بيت أسس على تقوي ::
Wednesday, March 10, 2010
:: Kepada-NYA kita Kembali -WGJ 4786 ...::
Sunday, March 7, 2010
Kerosakan teruk pada motor kesayangan pena amat mengejutkan. Walaupun kami yang menunggangnya tidak mengalami luka yang teruk tetapi ia suatu gambaran hitam yang paling menakutkan.
:: Ku Milikmu ::
Saturday, February 20, 2010
:: Software Recovery ::
Salam perjuangan. Di sini pena menyediakan satu link untuk para pelayar untuk mendownload satu perisian yang boleh membantu anda sekalian. Sekiranya file2 dalam hard disk hilang atau thumbdrive ke anda masih boleh menyelamatkan. Hanya perlu recovery sahaja cakera tersebut.
Software Recovery
Internet Download Manager
Semoga anda semua dapat mengambil faedah atas perkongsian ini k
:: Cinta TerAkhir ....::
Saturday, February 13, 2010
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....
:: Pilihanraya Kampus SESI 2009/2010 Universiti Malaya Kuala Lumpur ::
Sunday, January 24, 2010
Salam perjuangan buat teman-teman.. Lama juga pena tidak berbicara. Sekarang ni pena begitu sibuk sekali. Dengan kerja-kerja yang dah bertimbun-timbun dengan projek pembangunan software belajar serta aktiviti persatuan PERMATA UM..
Tarikh 25 Januari adalah tarikh penting bagi kita semua di mana tarikh ini Universiti Malaya khususnya akan mengadakan Hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kampus untuk pemilihan MPMUM sesi 2009/2010. Di samping itu pena difahamkan Universiti pengajian tinggi yang lain turut di adakan hari penamaan calon serentak dengan UM. Ini bermakna tarikh pembuangan undi bagi setiap Universiti Awam yang lain juga diadakan serentak pada 28 Januari 2010.
Pena selaku NYDP1 Persatuan Mahasiswa Terengganu mengucapkan selamat mengundi kepada para mahasiswa-mahasiswa umumnya di seluruh Malaysia serta khususnya UM. Di harapkan proses pemilihan majlis perwakilan kali ini dapat dijalankan dengan TELUS, ADIL, SAKSAMA, AMAN dan tiada sebarang PROVOKASI yang boleh mencemarkan institusi Pendidikan Tinggi Malaysia.
PRK pada tahun lepas terbayang lagi di benak pena di mana pilihanraya lepas pertarungan begitu sengit dan suasana bahang pilihanraya sangat-sangat hangat. Pada sesi ini pena melihat suasana PRK kali ini sangat hambar. Adakah mahasiswa bersifat atas dasar berkecuali ataupun semangat mahasiswa sekarang ini kian luntur dalam jiwa para pejuang-pejuang pembela kebenaran.
Di bawah ini pena cuba berkongsi kepada teman-teman untuk melihat tayangan video khas ketika proses penamaan calon pada sesi lepas. Dan para pembaca boleh menilai dan ia mungkin menjadi salah satu kenangan buat pena sendiri. Rakaman ini produce khas oleh pena ketika proses penamaan calon lepas.. Diharap dapat menaikkan semangat para mahasiswa sekalian...
STUDENT POWER !
STUDENT POWER !
STUDENT POWER !
WE LOVE UM .... WE LOVE UM .. WE UNITE FOR NEW GENERATION ..
PERJUANGAN BUKAN UNTUK KEMENANGAN SEMATA-MATA TETAPI UNTUK MELIHAT KEADILAN TERUS DIJULANG DAN KEAMANAN MAMPU DIKECAPI BERSAMA....
:: SUPER 2010 ::
Tuesday, January 12, 2010
Pada 28 Februari 2010 bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur , satu acara sukan antara Universiti-Universiti di lembah klang diadakan. Penyertaan melibatkan ahli persatuan Mahasiswa Terengganu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) selaku tuan rumah.
Aktiviti julung kali diadakan ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara persatuan-persatuan di samping menggalakkan aktiviti sukan serta riadah di kalangan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas.
Aktiviti yang dipertandingkan adalah FUTSAL LELAKI (2 Team untuk wakil setiap Universiti), dan Bola Jaring Wanita (1 Team untuk setiap universiti).
Acara akan diadakan sehari bermula jam 7 am hingga 5 pm. Di sebelah malam pula akan diadakan majlis makan malam khas. Majlis ini akan disempurnakan oleh jemputan khas daripada kerajaan Negeri Terengganu.
:: Kemenangan ::
Saturday, January 9, 2010
Firman Allah dalam Surah Al-Fath 48: 1-3.
1. "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."*1650*
2. "Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNYA kepadam, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukum-NYA)".
3. "Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan ( yang tidak ada tolok bandingnya)."
Jika kita menghayati surah ini ia mula-mula diturunkan berdasarkan (Asbabun NUzul) peristiwa Fathul Makkah.. Di dalam ayat ini menceritakan Orang Kafir Musyrik Makkah telah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah dimateraikan.
Pelanggaran perjanjian dilakukan oleh Orang Kafir Musyrik Makkah akhirnya telah membawa kemenangan yang besar kepada Islam sehingga Baginda berjaya menguasai Makkah al-Mukarramah dan akhirnya tertegak Islam di Tanah Suci..
Di sini pena ingin berkongsi dengan para pembaca dan pena akan menumpukan pada ayat yang kedua pada surah ini.. Ayat ini telah memberi kemenangan kepada tentera Islam.. Dalam ayat ini ada 3 perkara penting yang telah Allah nyatakan kepada Hambanya..
1. Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu. Bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa yang lepas terhadap hamba-hambanya yang berjuang di jalan Allah ini sehingga bertemu kemenangan. Sebab itu soal kemenangan ini milik Allah untuk diberikan kepada Hambanya.
Dan dari segi usaha serta gerak kerja dan perancangan amatlah perlu agar kemenangan itu benar-benar layak milik kita. Kita sebagai hamba perlu sentiasa berterusan dalam memperjuangkan agama Allah dan kita perlu yakin bahawa Allah bersama-sama dengan hambanya yang sentiasa memperjuangkan akan suruhanNYA serta mencegah Larangan NYA
2. Allah menyempurnakan NikmatNYa kepada hamba-hambanya yang soleh(yang berjuang pada jalan Allah).
3. Allah menambahkan serta memberi petunjuk HIDAYAH kepada Hambanya ke jalan yang Lurus dengan kita melaksanakan segala HUkum-hukum syariatnya. Dalam ayat ini Allah memberi keyakinan kepada kita sekiranya kita Yakin dan benar-benar melaksanakan Syariatnya maka Allah akan membantu serta memberkati hamba-hambanya. Dengan itu apabila sesebuah negara itu melaksanakan hukum syariatNYA maka negara itu benar-benar Makmur serta akan berada dalam MArdoTillah.. Dengan itu segala jenayah serta sebarang kemungkaran akan berkurangan dan akan terdetik dalam hati manusia untuk takut dan kepatuhan kepadaNYA akan bertambah...
Sebagai kesimpulannya. Kita sebagai hambaNYA sentiasa lah menjaga Hubungan kita dengan NYA.. Apabila tiada ijab antara KITA dengan NYA maka dengan itu Allah dengan mudah akan membantu diri kita. Kita perlulah sentiasa mengingatiNYA pada setiap masa tidak kira di waktu senang mahupun waktu susah. Dengan itu kita juga akan diingati setiap masa olehNYA. Ini lah keadaan yang selalu kita leka dan alpa. Jika Kita tidak menyedari akan hakikat ini dengan itu kita mudah tergelincir serta dengan itu kita tiada lagi tempat berpaut untuk seketika. Sebenarnya kita semuanya ini datang daripadaNYA. Maka jangan kita lupa bahawa di mana pun kita kita perlulah kembali rujuk kepada NYA...
Wallahu Aa'lam
:: Ubah sebelum parah, ubah demi maruah ::
Friday, January 1, 2010
:: Perutusan Tahun Baru 2010 oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ::
Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan.
Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.
Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.
Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.
Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat.
Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan.
Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan.
Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.
Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan.
Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.
Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan.
Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.
Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.
Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.
:: Ulasan Penulis ::
Langkah tahun baru yang dikecapi semestinya akan menjanjikan banyak perubahan di pelbagai peringkat dan sudut.. Sejauh manakah janji yang ditaburkan oleh kerajaan 1 Malaysia kepada rakyat yang di bawah naugannya.. Adakah sekadar janji kosong tetapi dari segi tindakan tidak pernah berubah.. Masih sama seperti tahun sebelumnya.. Adakah memang kerajaan tidak mengharapkan apa-apa atau sekadar untuk bersandiwara demi mengisi poket dan perut mereka sendiri..
Inilah tindakan yeng perlu rakyat jelata fikirkan... Kita semua sebenarnya mengetahui akan keburukan ini tetapi kita menganggap ia perkara biasa apabila orang berkepentangan ini melakukan tindakan yang rakus ini..
Kita merasakan kerajaan itu berkuasa sepenuhnya. Tetapi dalam soal pemerintahan berasaskan ala demokrasi, rakyat lebih berkuasa sebenarnya.. tetapi ini lah satu-satunya 1 Malaysia yang sangat bijak dalam mengaburi rakyat jelata.. Pemimpin 1 Malaysia ini begitu licik sekali dalam membuat sandiwara .. Sebagai rakyat yang inginkan kedaulatan itu benar-benar dijalankan maka perlu berani dalam menegur serta perlu bertindak dalam mengubah korupsi yang semakin hari begitu jijik melanda..
Sedarlah.. Bangkitlah.. Serta beranilah dalam menghadapi perubahan... Kita bukan lagi rakyat yang hanya menerima bulat-bulat akan apa yang kerajaan rancangkan.. tetapi kita perlu mempersoalkan apakah kebaikan dan keberuntungan yang akan kita terima ini sepatutnya kita terima atau ia sekadar suatu sandiwara....