:: NurUL I'iN ::

Tuesday, December 1, 2009


Ratuku..

Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Di petik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku..
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku ..
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat hari ini
Semakin banyak bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku ….
Bukanlah ku harap
Kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari
Antara safa dan marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah
Menanti kekasih di pintu syurga


Ratuku …..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A’ishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci terpuji
Kerana, aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
Tak dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu

Ratuku....
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu
Jangan sampai
tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu..

sajak : Nukilan Khas Daripada Seorang Pencinta Wanita

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP