::Saat-saat terakhir ::

Sunday, April 5, 2009


:: Setelah satu semesta untuk dihabiskan tempoh pembelajaran akhirnya telah pun sampai ke penghujungnya. Walaupun jika dihitungkan dari segi ilmu yang diperolehi dalam satu semesta ini belum mencukupi membuktikan bahwa aku benar-benar mampu menguasai sesuatu ilmu. Sekarang ni masih tinggal satu minggu. Sibuk bukan untuk mengulangkaji tapi sibuk untuk mempersiapkan kerja kursus yang bertimbun. Inilah kesilapan utama kerana tidak pandai dalam mengurus masa serta suka bertangguh.

:: Pengajaran ini aku perlu atasi untuk semesta hadapan. Supaya aku tidak lagi terkandas seperti kali ni. Inilah saat-saat terakhir yang sangat memenatkan.. Kesilapan ini perlu aku perbetulkan. Aku harus belajar dari kesilapan lampau. Agar aku ini tidak menjadi insan yang rugi.

PErubahan diri ini perlu bagi menentukan di mana penguasaan kita terhadap ilmu. Takkan sudah berasa cukup dengan ilmu yang diperolehi di bilik kuliah. Pensayarah sekadar memberi. Kita yang menerima ini perlulah memperincikan lagi apa yang dicurahkan ketika sesi pembelajaran..

JANJI::
Aku perlu janji pada diriku sendiri yang aku perlu berubah. Aku ingin menjulang kembali apa yang aku perolehi ketika aku di waktu sekolah menengah dulu. Aku dulu dikenali orang kepala studi. Sekarang ni aku dah jadi pemalas.

MENGAPE ek...?
Adakah aku yang membawa diriku sendiri ke lembah kepura-puraan. Padahal tiada siapa pun yang mempengaruhi aku..

PENYELESAIAN...

YA ALLAH engkau bantu lah HAMBAMU ini.. Aku pasrah dengan apa yang telah berlaku. Aku menyesal kerana aku sendiri yang tersilap dalam memilih cara terbaik. Engkau kuatkanlah semangat hambamu ini.

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP