::::: Mekarnya Bunga Kematian di saat ia disunting oleh penciptanya :::::

Friday, September 5, 2008


Apabila digamit bunga kematian...
Saat ini lah yang menjadi bukti betapa mekarnya iman seseorang itu..
Setelah itu pilihan taman-taman untuk ia terus dilawati oleh yang selayaknya akan membuktikan di mana dirinya...

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: " tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t". Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud : " Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain".



Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah dari arah tangan orang mukmin itu, usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu. Maka berkata tangan : " tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan menulis ilmu pengetahuan". Oleh kerana malaikat gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan ini maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : " Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan sembahyang berjemaah dan kaki ini berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu". Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, malaikat mencubanya dari arah telinga.

Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga berkata : " Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir". Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut dari arah mata tetapi baru sahaja menghampiri mata maka mata berkata : " tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".
Setelah gagal malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Wahai malaikatku, tulis AsmaKu ditelapak tanganmudan tunjukkan kepada roh orang beriman itu". Sebaik sahaja mendapat perintah Allah s.w.t. Maka malaikat maut menghampiri roh itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya keoada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang...

Begitulah teman-teman sekalian..
Begitu indah sekali mekarnya bunga kematian seorang hamba yang soleh yang sentiasa taat akan penciptanya. Taman firdausi akan menjadi taman untuk bunga itu terus berkembang..

Teman-temanku ..
Sama-sama lah kita mengambik iktibar agar kita tergolong dikalangan hamba yang soleh dan benar-benar mukmin yang bertakwa kepada Allah..

0 comments:

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP