:: Pilihanraya Kampus SESI 2009/2010 Universiti Malaya Kuala Lumpur ::

Sunday, January 24, 2010

Salam perjuangan buat teman-teman.. Lama juga pena tidak berbicara. Sekarang ni pena begitu sibuk sekali. Dengan kerja-kerja yang dah bertimbun-timbun dengan projek pembangunan software belajar serta aktiviti persatuan PERMATA UM..

Tarikh 25 Januari adalah tarikh penting bagi kita semua di mana tarikh ini Universiti Malaya khususnya akan mengadakan Hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kampus untuk pemilihan MPMUM sesi 2009/2010. Di samping itu pena difahamkan Universiti pengajian tinggi yang lain turut di adakan hari penamaan calon serentak dengan UM. Ini bermakna tarikh pembuangan undi bagi setiap Universiti Awam yang lain juga diadakan serentak pada 28 Januari 2010.

Pena selaku NYDP1 Persatuan Mahasiswa Terengganu mengucapkan selamat mengundi kepada para mahasiswa-mahasiswa umumnya di seluruh Malaysia serta khususnya UM. Di harapkan proses pemilihan majlis perwakilan kali ini dapat dijalankan dengan TELUS, ADIL, SAKSAMA, AMAN dan tiada sebarang PROVOKASI yang boleh mencemarkan institusi Pendidikan Tinggi Malaysia.

PRK pada tahun lepas terbayang lagi di benak pena di mana pilihanraya lepas pertarungan begitu sengit dan suasana bahang pilihanraya sangat-sangat hangat. Pada sesi ini pena melihat suasana PRK kali ini sangat hambar. Adakah mahasiswa bersifat atas dasar berkecuali ataupun semangat mahasiswa sekarang ini kian luntur dalam jiwa para pejuang-pejuang pembela kebenaran.

Di bawah ini pena cuba berkongsi kepada teman-teman untuk melihat tayangan video khas ketika proses penamaan calon pada sesi lepas. Dan para pembaca boleh menilai dan ia mungkin menjadi salah satu kenangan buat pena sendiri. Rakaman ini produce khas oleh pena ketika proses penamaan calon lepas.. Diharap dapat menaikkan semangat para mahasiswa sekalian...

STUDENT POWER !
STUDENT POWER !
STUDENT POWER !

WE LOVE UM .... WE LOVE UM .. WE UNITE FOR NEW GENERATION ..
PERJUANGAN BUKAN UNTUK KEMENANGAN SEMATA-MATA TETAPI UNTUK MELIHAT KEADILAN TERUS DIJULANG DAN KEAMANAN MAMPU DIKECAPI BERSAMA....

Baca selengkapnya...

:: SUPER 2010 ::

Tuesday, January 12, 2010



Pada 28 Februari 2010 bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur , satu acara sukan antara Universiti-Universiti di lembah klang diadakan. Penyertaan melibatkan ahli persatuan Mahasiswa Terengganu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) selaku tuan rumah.

Aktiviti julung kali diadakan ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara persatuan-persatuan di samping menggalakkan aktiviti sukan serta riadah di kalangan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas.

Aktiviti yang dipertandingkan adalah FUTSAL LELAKI (2 Team untuk wakil setiap Universiti), dan Bola Jaring Wanita (1 Team untuk setiap universiti).

Acara akan diadakan sehari bermula jam 7 am hingga 5 pm. Di sebelah malam pula akan diadakan majlis makan malam khas. Majlis ini akan disempurnakan oleh jemputan khas daripada kerajaan Negeri Terengganu.

Baca selengkapnya...

:: Kemenangan ::

Saturday, January 9, 2010


بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah dalam Surah Al-Fath 48: 1-3.

1. "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."*1650*
2. "Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNYA kepadam, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukum-NYA)".
3. "Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan ( yang tidak ada tolok bandingnya)."


Jika kita menghayati surah ini ia mula-mula diturunkan berdasarkan (Asbabun NUzul) peristiwa Fathul Makkah.. Di dalam ayat ini menceritakan Orang Kafir Musyrik Makkah telah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah dimateraikan.

Pelanggaran perjanjian dilakukan oleh Orang Kafir Musyrik Makkah akhirnya telah membawa kemenangan yang besar kepada Islam sehingga Baginda berjaya menguasai Makkah al-Mukarramah dan akhirnya tertegak Islam di Tanah Suci..

Di sini pena ingin berkongsi dengan para pembaca dan pena akan menumpukan pada ayat yang kedua pada surah ini.. Ayat ini telah memberi kemenangan kepada tentera Islam.. Dalam ayat ini ada 3 perkara penting yang telah Allah nyatakan kepada Hambanya..

1. Allah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu. Bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa yang lepas terhadap hamba-hambanya yang berjuang di jalan Allah ini sehingga bertemu kemenangan. Sebab itu soal kemenangan ini milik Allah untuk diberikan kepada Hambanya.
Dan dari segi usaha serta gerak kerja dan perancangan amatlah perlu agar kemenangan itu benar-benar layak milik kita. Kita sebagai hamba perlu sentiasa berterusan dalam memperjuangkan agama Allah dan kita perlu yakin bahawa Allah bersama-sama dengan hambanya yang sentiasa memperjuangkan akan suruhanNYA serta mencegah Larangan NYA
2. Allah menyempurnakan NikmatNYa kepada hamba-hambanya yang soleh(yang berjuang pada jalan Allah).
3. Allah menambahkan serta memberi petunjuk HIDAYAH kepada Hambanya ke jalan yang Lurus dengan kita melaksanakan segala HUkum-hukum syariatnya. Dalam ayat ini Allah memberi keyakinan kepada kita sekiranya kita Yakin dan benar-benar melaksanakan Syariatnya maka Allah akan membantu serta memberkati hamba-hambanya. Dengan itu apabila sesebuah negara itu melaksanakan hukum syariatNYA maka negara itu benar-benar Makmur serta akan berada dalam MArdoTillah.. Dengan itu segala jenayah serta sebarang kemungkaran akan berkurangan dan akan terdetik dalam hati manusia untuk takut dan kepatuhan kepadaNYA akan bertambah...

Sebagai kesimpulannya. Kita sebagai hambaNYA sentiasa lah menjaga Hubungan kita dengan NYA.. Apabila tiada ijab antara KITA dengan NYA maka dengan itu Allah dengan mudah akan membantu diri kita. Kita perlulah sentiasa mengingatiNYA pada setiap masa tidak kira di waktu senang mahupun waktu susah. Dengan itu kita juga akan diingati setiap masa olehNYA. Ini lah keadaan yang selalu kita leka dan alpa. Jika Kita tidak menyedari akan hakikat ini dengan itu kita mudah tergelincir serta dengan itu kita tiada lagi tempat berpaut untuk seketika. Sebenarnya kita semuanya ini datang daripadaNYA. Maka jangan kita lupa bahawa di mana pun kita kita perlulah kembali rujuk kepada NYA...

Wallahu Aa'lam

Baca selengkapnya...

:: Ubah sebelum parah, ubah demi maruah ::

Friday, January 1, 2010


:: Perutusan Tahun Baru 2010 oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ::


Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan.

Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.



Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat.

Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan.

Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan.

Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan.

Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.



:: Ulasan Penulis ::

Langkah tahun baru yang dikecapi semestinya akan menjanjikan banyak perubahan di pelbagai peringkat dan sudut.. Sejauh manakah janji yang ditaburkan oleh kerajaan 1 Malaysia kepada rakyat yang di bawah naugannya.. Adakah sekadar janji kosong tetapi dari segi tindakan tidak pernah berubah.. Masih sama seperti tahun sebelumnya.. Adakah memang kerajaan tidak mengharapkan apa-apa atau sekadar untuk bersandiwara demi mengisi poket dan perut mereka sendiri..

Inilah tindakan yeng perlu rakyat jelata fikirkan... Kita semua sebenarnya mengetahui akan keburukan ini tetapi kita menganggap ia perkara biasa apabila orang berkepentangan ini melakukan tindakan yang rakus ini..

Kita merasakan kerajaan itu berkuasa sepenuhnya. Tetapi dalam soal pemerintahan berasaskan ala demokrasi, rakyat lebih berkuasa sebenarnya.. tetapi ini lah satu-satunya 1 Malaysia yang sangat bijak dalam mengaburi rakyat jelata.. Pemimpin 1 Malaysia ini begitu licik sekali dalam membuat sandiwara .. Sebagai rakyat yang inginkan kedaulatan itu benar-benar dijalankan maka perlu berani dalam menegur serta perlu bertindak dalam mengubah korupsi yang semakin hari begitu jijik melanda..

Sedarlah.. Bangkitlah.. Serta beranilah dalam menghadapi perubahan... Kita bukan lagi rakyat yang hanya menerima bulat-bulat akan apa yang kerajaan rancangkan.. tetapi kita perlu mempersoalkan apakah kebaikan dan keberuntungan yang akan kita terima ini sepatutnya kita terima atau ia sekadar suatu sandiwara....


Baca selengkapnya...

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP