:: DEMI CinTA HidayaH ::

Wednesday, November 18, 2009


FIRMAN ALLAH dalam KALAMNYA YANG MAHA AGUNG
Terjemahannya :

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi HIDAYAH petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman".

SURAH AL-AN'AAM 6:125


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menciptakan apa di langit mahupun di bumi dan segala isinya yang mana sungguh tidak terdaya untuk manusia menghitung nikmat Allah yang terlalu banyak....

Di sini pena cuba ketengahkan satu firman Allah untuk sama kita hayati agar ia memberi peringatan buat bersama. Kita sebagai hamba ini akan sering diuji dan sungguh beruntung orang yang selalu diuji. Dugaan dan ujian yang menimpa kita ni selalu nya untuk menyedarkan kita serta merapatkan lagi hubungan dan ikatan rububiyah kita kepada NYA.

Dengan ujian untuk manusia selalu ingat dan selalu rujuk akannya.. kita ini adalah hambanya.. Pergantungan kita hendaklah kuat kepadanya dan jangan sesekali hubungan ini direnggangkan kerana ia akan merugikan kita..

Kasih dan sayang Allah akan hambanya amat tinggi nilaiannya.. Dan jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur akan pemberiaanya.. Orang yang selalu diujinya adalah orang yang dipilih Allah untuk dipertingkatkan nilaian IMAN dan TAQWA dalam dirinya..

Sungguh beruntung orang yang dipilih ALLAH diberikan HIDAYAH supaya dia sentiasa berada di jalan yang diredhai NYA.. Maka sekiranya kita adalah insan yang dipilih dan terpilih diberi HIDAYAH maka kita orang yang diberi kebaikan dan kebaikan itu untuk kita gunakan supaya kita lebih memahami akan matlamat sebenarnya kehidupan kita sebagai hambanya...

Baca selengkapnya...

:: MALAM PERTAMA .... ::

Sunday, November 15, 2009


Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Dipetik dari buku
Malam Pertama Di Alam Kubur
karya

Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Baca selengkapnya...

:: ZULKARANAIN & YA'JUJ dan MA'JUJ ::

Friday, November 13, 2009

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . بسم الله الرحمن الرحيم
90-Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu. 91-Demikianlah. Dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya. 92-Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). 93-Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. 94-Mereka berkata," Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya'JUJ dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?".95-Zulkarnain berkata "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhan-KU kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat) agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.96-Berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain,"Tiuplah (api itu)".Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api , dia pun berkata. "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu". 97-Maka mereka tidak boleh mendakinya dan tidak pula melubanginya.98-Zulkarnain berkata"Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhan-KU, maka apabila sudah datang janji Tuhan-KU, Dia akan menjadikannya hancur luluh: dan janji Tuhan-KU itu adalah benar."

سورة الكهف 18 : 90-98

Dengan nama tuhan-KU yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Maka benarlah setiap apa yang telah dirakamkan dalam kalamnya yang agung.. Tiada sesuatu pun yang mampu mempertikaikannya kerana ia adalah dibawah kekuasaanya serta setiap apa yang tertulis di dalam KALAMNYA itu tidak mampu untuk manusia mempersoalkan akan kebenaran dan apa yang telah ditetapkan NYA itu..

Sedarilah manusia sesungguhnya janji Tuhan itu adalah benar. Di sini di bawa satu kisah tentang bagaimana satu golongan perosak yang dikenali sebagai Ya'JUJ dan Ma'juj telah dikurung. Kisah ini telah diceritakan dalam Kalam Allah yang maha agung. Kisah ini memberi peringatan serta mengajak manusia untuk sentiasa bersiap sedia. Kerana akan sampai satu masa tembok yang memisahkan di antara golongan ini dengan golongan manusia lain akhirnya akan runtuh. Maka apabila telah sampai waktunya ini maka janji Allah dunia ini akan berkakhir.

Allah telah menetapkan bahawa akan tanda-tanda besar bermulanya KIAMAT adalah keluarnya Ya'JUJ dan MA'juj.

Di sini pena ingin mengajak kepada para pembaca agar lebih menghayati akan kisah ini dan fahamilah bahawa dunia kita hari ini sudah pun hampir kepada tempoh penghancurannya. Sedarilah kita sebagai hamba-hambanya perlulah sentiasa bersedia.

Kepada para pembaca diharapkan para pembaca boleh menghayatinya dengan lebih mendalam dan di sini pena hanya ingin mengajak untuk para pembaca menekankan akan apa yang dikisahkan dalam ayat tersebut. UNtuk diberi peringatan bersama...

Baca selengkapnya...

:: Telah diberi hatinya .... ::

Monday, November 9, 2009

" Kenapa nta mudah melafazkan kata CINTA? Apa nilai kata-kata itu pada nta. Bagi Ana, Ana impikan kata-kata CINTA dari suami Ana yang SAH.....MAAF ..."

mesej ini pena terima dari insan yang pena dah anggap ia sebahagian hidup pena... Entah mengapa sebelum itu dia telah membuat panggilan telefon.. Pena menyahut serta berbual dengannya... Penghujung perbualan tersebut Si DIA telah menyatakan penghargaan buat pena.. tapi pena sebenarnnya pelik.. tapi tak mengapa lah .. INI ucapan akhirnya buat pena ...


"Nta terima kasih yer atas segala-galanya...." dan "NTA ana mintak maaf sekirannya ana telah menyusahkan nta sehingga menggangu nta"...

Selepas itu aku membalaskan kata-katanya...

"Nt tak salah apa-apa pun .. mengapa berkata sedimikian ... ana tak pernah pun anggap ia menyusahkan...tapi ana dah anggap ia sebagai pertolongan yang perlu ana berikan.."
"Nt usah berasa bersalah k... nanti nt akan fikir bukan-bukan... moga sama-sama kita doakan.. moga tuhan merestui perhubungan ini..." jelas pena kepada si-DIA.

INI lah kisah berlaku dalam diri pena.. sejak dari malam tu seakan-akan ada sesuatu yang akan berlaku.. adakah tuhan nak menguji akan hubungan ini ???... YA ALLAH diri ini tidak bermakna hendak melukakan mana-mana hati yang telah berpaut.. jauh dari sudut hati ini hendak memainkan perasaan seseorang insan,, Diri ini ikhlas dan berharap agar hubungan ini sentiasa diredhai.. Ya ALLAH pandu lah diri kami ya Allah.. andai kami tersasar kembali lah kami ke jalan yang engkau redhai..

Ya ALLAH engkau maha mengetahui akan apa yang akan berlaku... apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku.. Andai perjalanan hidupku di depan sana menantikan beribu-ribu ujian dan halangan aku redha dan aku menerimanya.. engkau bantulah diri ini dan engkau kuatkanlah semangat diri ku ini ...

Baca selengkapnya...

:: Maa...Taufiq Wan Najah...::

Wednesday, November 4, 2009


:: Salam perjuangan buat teman-teman sekalian...

Pertamanya bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita telah pun berjaya menyempurnakan semester ini.. Di kini saat pertempuran untuk menguji ketahanan serta kemampuan mental kita setelah 6 bulan berada di dewan kuliah... Kini cabaran bertukar tempat dan kini dewan peperiksaan menjadi pengganti kepada dewan kuliah..

:: Kepada teman sekalian... Pena mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan ... Semoga anda semua menemui kejayaan serta dipermudahkan dalam mengulangkaji pelajaran... ::
Jadikan medan pertempuran di dewan peperiksaan sebagai salah satu medan untuk membuktikan bahawa apa yang dipelajari itu adalah hasil usaha yang berterusan... Usah merasa getir kerana ia bukan lah penentu segala-galanya tetapi ia sekadar satu kewajipan yang mesti dihadapi dalam kita mendapatkan pengesahan akan apa yang telah kita pelajari itu dengan pointer yang akan kita dapat setelah keputusan itu dikeluarkan...

:: Kepada teman-teman sekalian selamat menduduki peperiksaan.. Pena doakan kita sama-sama menempuhi dengan jayanya... ::

Baca selengkapnya...

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP