:: Mana yang perlu diUTAMAKAN ::

Monday, August 31, 2009

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185

maksudnya : "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) pada bulan ramadhan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi petunjuk bagi seluruh manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah".

Ramadhan adalah bulan ibadah. Setiap muslim hendaklah mengambil peluang yang ada sebaik mungkin untuk mengisi setiap ruang masa dengan pelbagai ibadah termasuk yang wajib wajarlah sentiasa mempertingkatkan dari segi kekusyukan serta penghayatan dan memperbanyakkan ibadah sunnat.

Dalam konsep ibadah ini adakalanya muslim itu dia terkadang-kadang tidak mengetahui akan konsep utama beribadah. Keutamaan dalam ibadah. Ibadah wajib sering diperlekehkan tetapi ibadah sunnat sangat ditekankan. Ini lah namanya kesilapan dalam beribadah. Muslim perlu faham akan konsep ibadah itu sebenarnya. Agar ia tidak akan mencacatkan dari segi keutamaan dan nilaian Allah akan hambanya yang beribadah kepadanya..

Ibadah wajib adalah tunjang utama dan ibadah sunnat itu sebagai pelengkap. Jika yang utama dan yang patut diaulakan tidak dikerjakan maka nilaian di sisi Allah ia tetap menyalahi dan tidak mampu untuk disamakan dari segi pahala dan keperluan ibadah tersebut. Seperti Solat lima waktu secara berjemaah dengan solat terawikh berjemaah. Ada perbezaan ketara dari segi ganjaran pahala.

Sepatutnya ramadhan datang untuk muslim sentiasa memperkemas ibadah wajib disamping pertingkatkan ibadah sunnat. Barulah solat itu menjadi pendinding yang utuh kepada keperibadian Muslim. Allah berfirman dalam kalamnya sesungguhnya solat itu mencegah perkara mungkar dan keji.

Sempena ramadhan untuk tahun ini marilah kita memakmurkan ibadah dalam diri kita dengan ibadah wajib diutamakan dahulu. Agar ia tidak akan menjejaskan ibadah puasa di bulan ramadhan itu sendiri.

Ramadhan dikenali dengan bulan Al-Quran kerana dari segi sejarah Islam bahawa al-Quran diturunkan di bulan ramadhan. Kita mungkin mengetahui malah sentiasa dihebahkan bahawa ramadhan adalah bulan Al-Quran tetapi sejauh mana penghayatan kita. Adakah sekadar mendengar. Al-Quran itu di dalamnya terdapat keterangan yang mampu membezakan antara benar dan salah di samping memberi panduan yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Baca selengkapnya...

:: Dihening Malam ::

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya

Baca selengkapnya...

:: Ramadhan Kareem ::

Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan menjelama lagi
Menghimpun rahmat dan maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan barokahnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
hati gembira pintu terbuka
rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Qur`an
lantas di belenggu nafsu dan syaitan
didatangkan pula Lailatul Qadar
pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Baca selengkapnya...

:: Setiap Insan Pasti MeRaSa PerpisaHan TerAkhiR ::

Friday, August 14, 2009



13 Ogos 2009 bersamaan 22 Sya'ban 1430 H....

Setiap Insan PAsti Merasa Perpisahan Terakhir :::: Dunia Yang fana' akan DitinggaLkan ::

"Semua yang datang akan pergi, Yang Pergi tak Kan Kembali lagi "

Ini lah ungkapan yang menjadi kata terakhir yang mengakhiri segala jawapan akan persoalan tentang kehidupan seorang manusia... Tiada seorang pun yang boleh menyangkal dan mempersoalkan tentang kehidupan yang tiada pengakhiran. Semua nya pasti dalam dunia yang fana' ini. Siapa dia ? Dari mana dia datang ? itu tak mengecualikan diri akan pastinya pengakhiran diri di atas muka bumi ini... Ini lah perpisahan antara dunia fana dengan alam yang lain.

Kematian bukanlah bermakna ia terus bersemadi dan tiada kehidupan selepas itu tetapi ia adalah permulaan bagi kehidupan di alam lain. Di alam dunia hanyalah satu proses manusia untuk mencari bekalan dan membuat persiapan untuk ke alam selepas dunia ini. Sebab itu matinya manusia di alam dunia hanyalah permulaan di alam yang lain.

Di alam yang seterusnya ini atau alam barzakh ini lah manusia akan dinilai apakah bekalan yang dibawa itu benar-benar mampu untuk ke perjalanan seterusnya dan disitulah manusia akan dinilai akan kemampuan diri setelah berada di alam sebelumnya.

Jika di alam dunia manusia itu sendiri gagal dan tidak mampu menyiapkan diri maka apakah untuk meneruskan perjalanan seterusnya diri nya mampu untuk menghadapi suasana kehidupan di alam seterusnya..

Perginya seorang pejuang PENCINTA akan irama Nasyid Tanah Air ...........

terkejut juga... tetapi itulah... Allah itu maha berkuasa.. Sekiranya dia berkehendak sebegitu rupa.. kita makhluk ciptaannya tidak mampu mengubah hatta untuk menangguhnya seketika..
maka sama-samalah kita renungi akan diri kita. Bagaimana persiapan diri kita pula selepas ini..

Ingatlah kata-kata dari pena ini "Ditinggalkan aku keseorangan" Itulah kata-kata yang perlu kita semati dalam dada kita.. di mana pun kita, kita akhirnya akan keseorangan. Tiada siapa pun akan menemani kita ...

Baca selengkapnya...

:::'''' MESSAGE '08 ''''::::

:::::'''''' ISMAH 07 '''''':::::

::""" Aku Tanpa Cintamu '07 """:::

:: Jamuan Idilfiti Hadi-APIUM Nilam Puri :::

:: Hari Terbuka APIUM Nilam Puri - CsTech ::

.::. Kerajaan Pakatan Rakyat .::.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP