:: HAtiku Tersentuh ::
Wednesday, March 11, 2009
Tiba harinya ::: " Salam ni.. ada lawatn kat PPUM.. Kak esyah kata petang ni kul 2.30.. nak g tak? " mesej ini dihantar oleh usop kat aku.. Aku dengan pantas menjawab.. "Aku ada kerja lah petang ni.. Discussion..". Entah mengapa aku terburu-buru dalam membuat keputusan.. Setelah itu beberapa minit kemudian.. Rasa terdetik di HATIKU untuk membalas balik mesej tersebut untuk mengatakan aku mahu joint..
LEpas itu apa lagi aku call balik USOP.. Kita pi lah petang ni . Dalam jam 2.30 aku pi ambik hang kat AI.... :::: Tiba2 belum sempat sampai AI hujan lebat.. Dalam perjalanan ke sana dari umah sewa aku memang dah hujan.. tapi gerimis lah.. Aku dengan azam bahwa ini memang ujian.. Alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak kat ai.. Dan bertolak ke PPUM jam 3. Sampai sana dalam 10 minit jugak lah.. Usop memberitahu bahawa lawatan itu start 3.30 pm. Tapi ada taklimat sebenarnya sebelum tu jam 2.30 pm..
::: Hehe.. Aku sampai je kat tingkat 14 rupanya mereka ni dah habis taklimat. Aku sampai je time diorang makan.. Rezeki jugak sebenarnya. Dahlah aku tak makan tengah hari lagi time tu.. Apa lagi aku terus je lah belasah.. Hehe.. Alhamdullillah sebenarnya aku cukup bersyukur.. Tak sangka aku datang jugak.. Itulah pertama kali aku jejakkan kaki aku ke PPUM.. Dah duduk UM 2 tahun.. Belum pernah masuk PPUM lagi..
::: Jiwa aku sungguh tersentuh sebenarnya.. Melihat pesakit.. Aku dibahagikan 2 kumpulan. Kumpulan pertama melawat WAD di tingkat 6 dan satu kumpulan lagi di WAD tinggkat 7. Aku kumpulan kedua iaitu aku melawat ke WAD di tingkat 7. Benarlah apabila kita datang melawat orang sakit kita akan rasa suatu perasaan bahawa sebenarnya tak semua manusia ni bernasib baik. Dan KESIHATAN ini sebenarnya ujian dan kesakitan itu juga UJIAN.. Dengan kita melawat orang sakit kita akar terasa bahawa sebenarnya itulah hakikat perjalanan kehidupan manusia.. Usah ego.. USah rasa diri besar.. Apabila tuhan tarik je NIKMAT sihat itu kita akan tersungkur jugak sebenarnya.. Tak payah lah rasa diri ni hebat..
::: Terima kasih buat mereka yang telah menggerakkan hatiku untuk turut serta.. Aku sangat bersyukur.. Dengan itu aku kenali dan aku terus bermuhasabah diri..
Buat teman-teman sekalian.. Apabila diseru untuk kamu untuk melakukan kebajikan pertimbangkanlah.. Mungkin bagi kita itu hanyalah suatu yang kecil. Tapi sebenarnya terdapat satu nilai ukhwah yang terjalin.. Persaudaraan semakin tererat.. Ikatan semakin kuat..